PELABUHAN KLANG –  Orang ramai dinasihatkan agar menyelidik kesahihan sesuatu perkara sebelum tularkan di laman sosial.

Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid berkata, pihaknya menghargai keprihatinan netizen dalam sesuatu perkara melibatkan masyarakat sekeliling.

“Tetapi keprihatinan mereka itu jika diwar-warkan tanpa siasat akan mengaib serta menjatuhkan kreadibilti sesetengah pihak. Contohnya setelah netizen memuat naik foto itu, semua mempersoalkan institusi zakat.

“Nitizen perlu buat sedikit siasatan, paling mudah hubungi LZS dan beri kami masa untuk menjalankan siasatan. Jika tiada tindakan daripada kami, mereka boleh tularkan perkara ini.

“Bukan sahaja melibatkan LZS, saya yakin ramai pihak yang bertanggungajwab akan menyelesaikan semua isu ini jika ada maklumat jelas,” katanya.
 

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat keluarga Dua beradik selongkar tong sampah sebelum ke sekolah? yang tular di laman sosial gara-gara  menyelongkar tempat pembuangan sampah untuk cari duit belanja.

Menurutnya, LZS hanya mengagihkan bantuan zakat kepada warganegara beragama Islam.

“Syarat utama penerima bantuan mestilah Islam dan warganegara yang sah. Jika tidak mempunyai kad pengenalan, mereka mesti mempunyai status bermastautin yang sah, baru kita boleh salurkan bantuan kepada mereka.

“Dalam kes saudara Nur Islam ini, mereka sekeluarga merupakan etnik Rohingya dan memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan ia melibatkan isu perundangan," katanya.

Kata beliau, sepatutnya dalam hal itu pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) membantu keluarga tersebut.

Abdul Basith berkata, LZS menyalurkan bantuan melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang mengurus tadbir pelarian etnik Rohingya dan bukannya melalui individu atau keluarga.

“Sebaliknya bantuan ini disalurkan melalui NGO Persatuan Ulama Rohingya dan Madrasah Rohingya di Sungai Pinang, Klang.

“Mereka sepatutnya menjaga kebajikan etnik Rohingya ini selain pihak PBB,” katanya.

Bagaimanapun kata pemilik akaun facebook yang memuat naik kisah dua berani itu 'Niat saya hanya ingin membantu.. tak sangka ini reaksi netizen'.

Dan ini pula kata YB yang bergegas melawat keluarga ini setelah ditular netizen 'Gaji tak cukup.. terpaksa cari barang lusuh untuk dijual' - ini cerita sebenar kisah dua beradik .