SHAH ALAM –  Melihat syarikat penerbitan milik penuh bumiputera ini membuatkan warga SMK Kangkong, Kelantan cukup teruja hingga ingin datang lagi.

Guru Pengiring, Nor Aini Ismail berkata, pelajar sekolah itu meminta agar pihak sekolah mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) kerana kagum dengan pencapaian syarikat milik bumiputera ini.

"Kebanyakan pelajar kami suka pergi ke pameran buku dan sebab itulah mereka minta buat rombongan ke Karangkraf,” katanya.

Sehubungan itu, Nor Aini berharap pihak Karangkraf dapat memaklumkan kepada SMK Kangkong sekiranya mengadakan pameran buku di pantai timur.

"Selepas ini jika ada Karangkraf buat pameran buku  kena bagi tahu kami supaya kami boleh buat rombongan ke sana," katanya.

Rombongan itu disertai 40 pelajar dan empat guru.

Sementara itu, pelajar tingkatan 3 Adzriel Fahmie Amran berkata, dia sangat bangga dapat menjejakkan kaki ke Karangkraf dan ini merupakan kali pertama kunjungan mereka.

“Saya kagum melihat proses penerbitan dan pencetakan di syarikat ini.. saya rasa bertuah datang ke sini kerana dapat melihat teknologi mesin pencetakan yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Pelajar SMK Kangkong teruja melihat buku yang dijual di Kedai Buku Karangkraf.

Pelajar SMK Kangkong kagum melihat mesin pencetakkan ketika dibawa melawat di kilang.

Staf Karangkraf Mohamad Fateha Burhanud-din memberi penerangan kepada pelajar SMK Kangkong mengenai proses pencetakan.

Pelajar seronok melihat tayangan di Sudut Interaktif yangd terletak di Kedai Buku Karangkraf.

Pelajar berkumpul di Garden Cafe untuk menikmati makan tengah hari.

Nazri (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mohamad Fateha.

Adzreil (kiri) berswafoto bersama rakan di pekarangan karangkraf.