SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stokin berwarna hitam di semua sekolah.

Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mohd Jamil Mohamed menerusi satu surat pekeliling berkata, kajian itu perlu diselesaikan sebelum atau pada Rabu depan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan peraturan yang diperkenal tahun lalu.

Kajian berkenaan akan mengambilkira dapatan daripada pihak sekolah.

 

Surat Pekeliling bertarikh 14 Januari itu diajukan kepada semua pengarah pendidikan negeri yang dikongsi melalui Facebook Friends Of Maszlee Malik.

Dapatan libat urus menunjukkan bahawa majoriti respondan termasuk ibu bapa bersetuju dengan pemakaian kasut berwarna hitam berbanding kasut putih.

KPM sebelum ini memperkenalkan perlaksaan peraturan berkenaan yang dikuatkuasakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan tahun lalu hingga 2021.

Berdasarkan pautan yang dikongsikan menerusi surat pekeliling itu, pihak sekolah perlu melengkapkan beberapa maklumat termasuk butiran sekolah dan pelajar.

 

GPS Bestari mendapat pelbagai reaksi antaranya;

Sue Haily: Sek anak saya Di kelantan dah 5 tahun berkasut hitam. Sangat mudah penjagaan.

Monaliza Yakmad: Mantain saja la kasut hitam. Penjagaan lebih mudah.

Sue Haily: Kami di Kelantan dah proaktif 😍. Dah fikir Pro and cont.. Mmg yg byk tanggungan.. Kasut hitam is the best lah.

Ab Karim Talip: Hitam ITU Menawan👍👍👍👍👍♥️
 

Artikel lain:

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020