SHAH ALAM - Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu, Mohd Shafuan Nor Azahar,20, yang menderita sakit kanser tulang selamat jalani kemoterapi semalam.

Bapanya, Nor Azhar Hussin ,48, berkata, keadaan Mohd Shafuan hari ini sedikit lemah mungkin kesan selepas jalani kemoterapi itu.

"Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia, doakan kesembuhan anak saya serta jutaan terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan," katanya.

26 Mac lalu kerana tidak sanggup melihat anak menderita kesakitan, Nor Azhar terpaksa membawa Mohd Shafuan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, masanya makin singkat dan dia tak boleh tunggu cukup wang untuk membawa anaknya ke hospital.

"Duit masih tak cukup, sepatutnya dia terima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, tapi saya tak sanggup tengok dia sakit.. makin lama makin teruk," katanya hiba.

 

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang ke:

1. Maybank 155069204567 (atas nama Nor Azhar bin Hussin)

2. CIMB Bank 7623226660 (atas nama Mohd Shafuan bin Nor Azhar)

Nor Azhar boleh dihubungi menerusi talian 0196100773.

 

Mohon sama-sama kita bantu doa serta wang ringgit.

 

Artikel terdahulu : [Bekas pelajar SMK Undang Jelebu derita kanser tulang, perlu RM70,000 tampung kos rawatan]

Ini juga kenyataan ayah Mohd Shafuan ['Duit tak cukup.. saya terpaksa bawa Shafuan ke HKL' - Bapa bekas pelajar SMK Undang Jelebu]