SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumpulkan laporan dan mendapati, tahap kebolehpasaran graduan TVET negara adalah setinggi 96.5% melalui data untuk graduan dari Kolej Komuniti.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, seramai 54,789 graduan TVET dari semua institusi ini mendapat kerja berbanding jumlah keseluruhan mereka iaitu 61,510.

"Dalam bahasa mudah, 96.5% tahap kebolehpasaran ini bermakna graduan TVET sentiasa menjadi pilihan pemain industri untuk diambil sebagai pekerja.

"Apabila saya memutuskan untuk menjadikan TVET sebagai antara pilihan utama dalam pendidikan, saya benar-benar memaksudkannya.

"Promosi dan kempen untuk TVET telah mula diperluas tahun ini. Dan di peringkat KPM, kita sememangnya berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kursus yang diiktiraf oleh MQA dan ETAC," katanya.

Menurutnya, semuanya itu berpaksi kepada satu tujuan, demi memastikan TVET mempunyai sistem yang terjamin dan mendapat latihan yang benar-benar menjurus ke arah pekerjaan.

"TVET bukan semata medium melahirkan tenaga mahir tempatan, bahkan ia adalah sebahagian daripada nadi negara.

"Pencapaian tahun ini masih perlu dipertingkat di tahun mendatang. Teruskan menyokong KPM," tulisnya di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

#PencapaianKPM19

Artikel Menarik:

Guru ini perkenal model SURe dan SoCom, murid semangat datang sekolah

10 Tip persediaan sebelum melangkah ke Tingkatan Satu

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

Selain Raatchasi, ini 20 filem menarik berkait dunia guru dan pendidikan