HARI ini GPS Bestari menerima beratus 'inbox' persoalan mengenai keadaan adik Alia dan Aimi.

GPS Bestari berjaya mendapatkan jawapan daripada guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkaitan mereka.

Menurut Cikgu Mohd Fadli, perkembangan terkini Alia dan Aimi sekarang sedang bersekolah elok.

"Kedua-duanya dilantik jadi pengawas tahun depan dan keputusan peperiksaan mereka sangat memberangsangkan. Padahal dah lama tak ke sekolah.

"Semua persiapan persekolahan mereka, saya bantu dan belikan," katanya menerusi perbualan WhatsApp sebentar tadi.

Terdahulu, GPS Bestari pernah menyiarkan artikel berkaitan dua beradik itu yang disyaki didera oleh ibu dan kawannya.

Baca di sini:

"Cikgu, ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas.. hampir setiap malam saya tidur di bilik air"

"Saya makan nasi kosong tanpa lauk cikgu.. dua tiga suap je sekali makan"

Alia dan Aimi, ketahuilah ramai orang sayangkan kamu.. syukur kalian diselamatkan

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia