SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini mengekalkan sabitan seorang guru agama yang didapati bersalah mencederakan kaki murid berusia 11 tahun dengan menggunakan rotan.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman enam bulan penjara yang dikenakan terhadap Muhammad Adib Abd Halim dipinda kepada sehari.

Jumlah denda RM2,000 yang dikenakan sebelum ini oleh Mahkamah Majistret Kajang dinaikkan kepada RM4,000.

Muhammad Adib diwakili peguam Khairul Amin Abdullah, manakala responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, R Puspharasi.

Artikel berkaitan: 'Sayalah guru pengiring yang didakwa di mahkamah'

Khairul Amin berkata, anak guamnya akan dihantar ke Penjara Kajang dan dilepaskan lewat petang semalam.

Pada 16 November 2018, Mahkamah Majistret Kajang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 terhadap Muhammad Adib selepas didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas murid darjah lima itu di bahagian kaki kiri dan kanannya.

Kejadian berlaku di dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Bandar Seri Putra, Hulu Langat pada jam 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

Kes itu tular berikutan tindakan guru agama itu merotan murid tersebut dipercayai kerana enggan menunaikan solat.

Baca

Bekas pelajar berbilang kaum bangkit tunjukkan sokongan  - Ini pandangan Cikgu Korea

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya cikgu pondan - Ini reaksi Dr. Maszlee

22 ulasan boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Guru, sekali kau merotan, mencubit dan menengking, hilang sudah sejuta kebaikan

Penjelasan mengenai status penyambungan ke bekalan elektrik awam - Ini jawapan KPM