SEKOLAH dan Maahad Tahfiz Kiblah, Jenderam Hulu, Sepang mencatatkan sejarah setelah disenaraikan dalam Kiblah Book Of Achievements (KBOA), apabila menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 82 meter dan Kiblah Bertanjak sempena sambutan Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia, 16 September lalu.

Pengarah Urusan Sekolah Kiblah, Dr Ismail Omar berkata, sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini menjadi lebih meriah, berikutan dua pencapaian tersebut.

Bendera berukuran 82 meter panjang, hampir memenuhi bahagian depan blok utama Sekolah Kiblah.

Katanya, proses menghasilkan bendera berukuran 82 meter panjang, hampir memenuhi bahagian depan blok utama sekolah itu, melibatkan 450 pelajar, 55 guru dan 30 ibu bapa.

“Bendera tersebut dirancang dan dibina pada tahun lepas sempena kemerdekaan ke 62, namun ditambah baik untuk Kiblah Books of Achievemets pada tahun ini.

“Kami mengambil masa dua hari untuk menyiapkan bendera tersebut, bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan disambung semula selepas waktu Isyak pada sebelah malamnya,”katanya di majlis Sambutan Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia, peringkat Sekolah Kiblah.

Sebahagian pelajar mengibarkan Jalur Gemilang

Majlis yang dirasmikan oleh Pengurus Hal Ehwal Agama dan Penerbitan, Kumpulan Media Karangkraf, merangkap Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Ahmad Yani Abd Manaf itu turut dihadiri Pengarah

Pelajar perempuan bersama Jalur Gemilang

Operasi Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Thaha Mohd Yusuf, Pengarah Kolej Profesional Kemahiran Kiblah, Dr Mohd Sahrin Ab Rahman, Yang DiPertua Kelab Ibubapa dan Guru, Datuk Seri Panglima Mohd Tajuddin Jamaluddin, Pengetua, Zuriah Seman dan Timbalan Pengetua, Zulkefly Othman.

Pada majlis sama juga disempurnakan pelancaran “Students Bring Students Programme” bagi meningkatkan kolaborasi antara pihak sekolah, pelajar dan ibubapa dalam mempromosikan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.

Sambutan yang disertai hampir 500 pelajar Tingkatan 1 hingga 5 itu, dimeriahkan lagi dengan pelbagai pengisian, antaranya krafttangan merdeka, syarahan, penulisan esei, kuiz kemerdekaan, dan pertandingan membuat tanjak.

Info Kiblah

Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah merupakan sebuah Institusi Pengajian Swasta Berasrama Penuh, berkonsep bersepadu (3-Dimensi) yang menggabungkan subjek akademik KSSM, Subjek Pendidikan Islam (Kurikulum YAKIN) dan Tahfiz Al-Quran serta Penghayatan dan Keperibadian Sahsiah Islam. Institusi ini juga dalam proses akhir pendaftaran Kolej Profesional Kemahiran Kiblah dengan Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang dijangka mula beroperasi pada Januari 2021, serta menawarkan sijil SKM 3 dan disusuli dengan SKM 4 (Diploma) pada tahun 2022 dalam bidang Pengurusan Tahfiz dan Masjid.

Sebahagian pelajar segak bertanjak dan ayu berkain batik pada majlis bersejarah itu.