CHERAS - Novelis-novelis Seramlicious dan Editor Buku Prima meraikan 60 anak yatim, ibu tunggal serta wanita perlukan pelindungan dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim dan Miskin Selangor.

Novelis Seramlicious, Naim Tamdjis merangkap pengarah projek berkata, program itu merupakan program yang julung kali diadakan.

“Kita bukan sahaja berbuka puasa dengan mereka, malah turut bersolat Maghrib, Isyak, Terawih serta moreh,” katanya.

Beliau berkata, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub turut memberi sumbangan kepada pertubuhan ini.

“Kita sampaikan 'goodies bag' dan duit raya kepada mereka,” katanya.

Turut hadir Novelis Seramlicious, Helmi Effendy.

Sementara itu, Pengetua Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim dan Miskin Selangor, Norlela Othman berkata, satu kelainan apabila penghuni pertubuhan ini diraikan.

“Terima kasih terhadap sumbangan yang diberikan iaitu buku cerita dan al-Quran,".