Ramai adik-adik yang menyimpan hasrat ingin menjadi pelajar cemerlang. Keinginan untuk membanggakan ibu bapa dan guru adalah cita-cita yang tidak dinafikan oleh setiap pelajar. Namun, hasrat ini terpaksa dilupakan apabila ada pelajar yang berasa dirinya tidak layak untuk memenuhi hasrat tersebut. Merasa diri tidak sehebat pelajar lain adalah satu perasaan yang sering dialami oleh para pelajar yang kurang mahir dalam proses pembelajaran. 

Oleh itu, GPS Bestari terpanggil untuk berkongsi tip bagi adik-adik yang ingin menjadi seperti kawan-kawan di luar sana.

Jom ikuti tip di bawah:

1) Buat jadual belajar

Sebagai pelajar, menguruskan masa dengan baik adalah tanggungjawab seorang pelajar. Cara ini akan membantu pelajar membahagikan masa dengan baik. Pelajar mestilah menyusun jadual belajar dengan teratur dan tersusun agar tidak berlaku keciciran untuk subjek-subjek tertentu.

2) Buat nota ringkas

Nota ringkas adalah sangat penting bagi para pelajar. Para pelajar perlu membuat nota ringkas mengikut kreativiti sendiri. Pastikan nota ringkas tersebut bersaiz kecil agar senang dibawa ke mana-mana. Nota yang cantik akan menarik minat pelajar untuk membaca nota yang dibuat. Para pelajar mesti menghasilkan nota ringkas mengikut kefahaman sendiri. Teknik ini sangat berkesan bagi membantu para pelajar menguasai topik yang diajar oleh guru.

3) Fokus apabila guru sedang mengajar

Memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar adalah perkara wajib yang pelajar harus lakukan. Tanpa tumpuan yang sepenuhnya, para pelajar akan ketinggalan terhadap topik yang diajar oleh guru. Perkara ini akan memberi kesukaran untuk pelajar memahami sesuatu topik. Oleh itu, tugas pelajar adalah mendengar segala topik yang dijelaskan oleh guru di sekolah.

4) Ulangkaji subjek yang tidak difahami

Setiap pelajar akan menghadapi situasi sukar untuk memahami topik yang diajar oleh guru. Oleh itu, jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan mengulang kaji semula topik yang diajar oleh guru pada hari tersebut. Teknik ini mesti dilakukan segera selepas pulang dari sekolah bagi mengelakkan keciciran berlaku.

5) Bangun pada sepertiga malam

Sepertiga malam adalah waktu yang paling sesuai untuk seseorang pelajar mengulang kaji pelajaran. Waktu ini adalah masa yang paling ideal kerana oksigen lebih banyak masuk ke otak. Keadaan suasana malam yang sunyi juga turut membantu anda memahami apa yang dibaca dan diulang kaji kerana tumpuan dapat diberi sepenuhnya terhadap apa yang dipelajari.

Berikut adalah tip mudah yang mesti adik-adik cuba. Rugi kalau adik-adik tidak praktikkan teknik ini. Ingin menjadi pelajar cemerlang perlu berkorban bukan? 

Oleh itu, tidak salah sekiranya kita luangkan masa sedikit demi kejayaan kita sendiri. Jadi, jangan menyerah kalah sebelum berperang. Belajar selagi ada peluang. Tidak mustahil dengan mengikuti tip ini, giliran adik-adik pula dapat membanggakan orang sekeliling. 

Artikel menarik