Bagi mengumpul dana untuk menaiktaraf pusat sumber dan membeli buku akademik, Kolej Vokasional Shah Alam menganjurkan Majlis Minum Petang Amal di Dewan Selera Perdana kolej itu.

Bertemakan ‘Memori Terlakar, Manisnya Bersakar’, majlis yang diadakan pada 7 Mac lalu disertai 300 tetamu yang terdiri daripada bekas guru sekolah menengah teknik, sekolah menengah vokasional dari seluruh negara dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pengarah Kolej Vokasional Shah Alam, Norhayati Abdul Rahman, berkata, pihaknya memerlukan RM30,000 untuk menaiktaraf pusat sumber dan masih memerlukan RM10,000 lagi.

Norhayati

“Saya harap kerjasama pihak kolej dan alumni tidak terhenti di sini.

"Sumbangan tidak hanya terhad kepada wang ringgit tetapi kami perlukan bantuan dan sokongan semua menerusi aspek kepakaran bagi menjayakan satu-satu program pada masa akan datang,” katanya.

Dalam majlis tersebut, beliau juga menyeru kepada semua alumni agar tampil memberi bantuan untuk memajukan kolej, baik dalam bidang akademik, kemahiran dan kokurikulum.

Lebih manis, salah seorang tokoh alumni, Pengasas Pesona Awal (M) Sdn Bhd, Datuk Nurzarina Sepran, alumni kohort 2001/2002 diberi penghormatan merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir Ketua Unit Pusat Sumber, Maisarah Hajar Aisyah Esa; Ketua Unit Bahasa, Mohassah Borhan; Ketua Unit Perhubungan Awam, Rohana Hashim dan Pengarah Kolej Komuniti Banting, Gazari Othman.

Artikel lain:

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain