SHAH ALAM - Guru dan pelajar yang terbabit dengan pasukan koir sekolah perlu menonton persembahan pemenang kategori terbuka The 2nd Malaysia International Choral Festival 2019 yang dianjurkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 pada 13 Julai lalu.

Guru Penyelaras Kluster Muzik Cikgu Ong Bee Bee, persembahan pemenang tempat pertama Kategori Terbuka, iaitu dari Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir, Filipina amat memukau penonton.

"Guru dan pasukan koir sekolah perlu lihat video persembahan dan teknik vokal dalam koir pasukan Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir, Filipina kerana ia amat mengagumkan," katanya.

Pasukan yang banyak memenangi pertandingan peringkat dunia itu membawa pulang trofi dan sijil.

Pasukan Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir meraikan kejayaan setelah merangkul tiga anugerah.

 Pasukan tuan rumah, Sweet 13 Children's Choir mendengar arahan daripada jurulatih koir.

Pasukan SK Seksyen 13, Sweet 13 Children's Choir.

Dalam perkembangan berkaitan, SK Seksyen 13 menganjurkan The 2nd Malaysia International Choral Festival 2019 bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai teknik vokal dalam koir dan mewujudkan kerjasama serantau.

Cikgu Bee Bee berkata, tahun ini merupakan penganjuran kali kedua SK Seksyen 13 yang juga Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 di peringkat antarabangsa.

"Pertama kali kami menganjurkan festival ini di peringkat antarabangsa adalah pada 2016 dan tahun ini kali kedua dibuat dengan kerjasama sekolah antarabangsa Real School Kampus Shah Alam," katanya.

Menurutnya, penganjuran itu turut bertujuan memberi peluang kepada ahli koir mengembangkan bakat dan menyertai pertandingan di  peringkat antarabangsa.  

"Melalui penganjuran ini, kami juga ingin menerapkan semangat kekitaan, nilai permuafakatan, perpaduan dan bertolak ansur dalam kalangan ahli koir tanpa mengira kaum serta bangsa," katanya.

Cikgu Bee Bee berkata, festival ini banyak memberi inspirasi kepada guru dan murid bagi meningkatkan lagi pengetahuan supaya lebih kreatif dan inovatif serta mampu berdaya saing di peringkat global.

"Kami menggunakan wang sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan yuran penyertaan sebanyak RM500 setiap pasukan untuk menampung kos penganjuran festival ini.

"Trofi untuk pemenang ditaja Image Signs System Sdn Bhd manakala sijil disumbangkan syarikat Print Expert Sdn Bhd," katanya.

Menurut beliau pada tahun 2017, SK Seksyen 13 menganjurkan The Malaysia Choral Festival dan tahun berikutnya The Malaysia Music Festival.

"Pada tahun hadapan kami merancang untuk menganjurkan The 2nd Malaysia International Music Festival yang dijangka berlangsung antara Julai dan Ogos," katanya.

Seramai 1,650 peserta babitkan 33 pasukan dari 33 sekolah menyertai festival berkenaan dengan dua daripadanya adalah pasukan dari Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir, Filipina dan SD Muhammadiyah 5, Jakarta, Indonesia.

Majlis dirasmikan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Shamsul Bahriah Bahardin manakala pemenang menerima trofi dan sijil dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Sementara itu, Guru Besar SK Seksyen 13, Ab Rashid Md Ihsan berkata, penganjuran The 2nd Malaysia International Choral Festival 2019 amat membanggakan apabila segalanya jalan lancar.

"Tidak dinafikan guru SK Seksyen 13 berpengalaman dalam menganjurkan festival peringkat kebangsaan dan antarabangsa... saya harap penganjuran tahun hadapan akan lebih baik dan terima kasih kepada pihak Real School Kampus Shah Alam kerana memberi ruang dan kemudahan bagi menjayakan program ini," katanya.

Antara juri yang terbabit dalam The 2nd Malaysia International Choral Festival 2019.

Dr Kong Chien ketika membuat rumusan sebagai ketua juri.

Juri yang terbabit dalam menilai persembahan peserta pada pertandingan itu terdiri daripada:

1. Pensyarah, Jabatan Muzik, UPM, Dr Ang Mei Foong

2. Konduktor Pengetua, Koir Pelajar Paragita, Universitas Indonesia, Aning Katamsi

3. Pensyarah Teori Muzik, Nyanyian dan Kendalian Koir, Ma Lourdes Venia Hermo

4. Pensyarah Kanan, Fakulti Muzik, UiTM, Dr Phang Kong Chien

5. Penuntut Universiti Tasmania, Khairunnisa Diyana Md Noor

Senarai pemenang The 2nd Malaysia International Choral Festival 2019

a) Kategori Kanak-kanak

Tempat Pertama (Gold Diploma A) :  SJKC (P) Chung Hwa, Kuala Lumpur

Tempat Kedua (Gold Diploma A) : SJKC Kung Man, Seri Kembangan, Selangor

Tempat Ketiga (Gold Diploma A) :  SJKC Batu Sebelas, Cheras

b) Kategori Belia

Tempat Pertama (Gold Diploma A) :  SMJK Heng EE, Pulau Pinang (Heng EE Choir White Team)

Tempat Kedua (Gold Diploma A) : SMJK Heng EE, Pulau Pinang, Heng EE Choir Experimental Choir

Tempat Ketiga (Gold Diploma B) :  SMK Seafield

c) Kategori Terbuka

Anugerah Gold Diploma: Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir, Filipina

d) Pemenang Konduktor Terbaik kategori Kanak-kanak 

Yong Yew Yean - SJKC Chung Hwa (P), Kuala Lumpur

e) Pemenang Konduktor Terbaik Kategori Belia

Lee Xiao Yun - SMJK Heng EE, Pulau Pinang (Heng EE Choir White Team)

f) Most Promising Children Choir 

SJKC Kung Man, Seri Kembangan, Selangor

g) Most Promising Youth Choir

SMJK Heng EE, Pulau Pinang (Heng EE Choir White Team)

h) Most Promising Overseas Choir

Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir, Filipina

i) Cultural Excellence Award

Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir, Filipina

Reaksi

a) Auni Safiyya Mohd Fadhli

Murid Tahun Empat, SK Seksyen 13

"Ini kali kedua saya bertanding, kali pertama di Jakarta.. saya berasa sangat gembira kepada kali ini mendapat Sliver A."

b)Khadeeja Nor Adriana Mohd Nor Lizam

Murid Tahun Enam, SK Seksyen 13

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ong dan Miss Malou yang merupakan juri dari Filipina serta ibu bapa yang menyokong kami."

c)Noor Alayna Ahmad Nasir

Murid Tahun Lima, SK Seksyen 13

"Sebelum pertandingan, Miss Merlu dan Puan Ong mengajar kami koir, ia satu pengalaman yang bagus.. mereka yang interview saya dan mereka sangat baik dan sangat memberi inspirasi."

Penyertaan dari luar negara: 

1. Nicolas L Galvez Memorial Integrated National High School Choir, Philippines

2. SD Muhammadiyah 5, Jakarta

Lee Xiao Yun dari SM Heng Ee Choir, Penang dinobat Konduktor Terbaik.

Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Cikgu Ameer Firdaus Redzuan dan Guru Praktikum, Cikgu Muhammad Fitri Naim Azmi mengadakan persembahan silat bagi menyambut tetamu kehormat pada The 2nd Malaysia International Choral Festival 2019.

Murid Tahun Enam, Nur Qarirah Faqihah Sazhar dan adiknya Muhamad Qayyum Izhar Sazhar (Tahun Empat) menjadi penyambut tetamu.

Ketua Akadami Kampus, Sekolah Antarabangsa REAL Kampus Shah Alam, Dr Jeffrey Louis bertukar cenderamata dengan Ab Rashid (kiri).

Sesi bergambar kesemua pemenang meraikan kejayaan.

Pasukan SK Tengku Ampuan Rahimah 1 ketika sesi bergambar.

Pasukan SJKC Chung Cheng ketika membuat persembahan.

Antara urusetia yang membantu melancarkan The 2nd Malaysia International Choral Festival 2019.

Pasukan SD Muhammadiyah 5 dari Indonesia ketika mengadakan latihan.

Pasukan SK La Salle

Pasukan SK Chong Chen.

Pasukan Jia Er.

Pasukan SJKC Lay Keow.

Pasukan Young Voices.

Pasukan Sekolah Antarabangsa REAL.

Pasukan The Chorus S9.

Pasukan SJKC Yu Hua.

Pasukan The Ultimate Voice.

Pasukan SJKC Chi Hwa.

Pasukan SKTM.

Pasukan SJKC Pulai.

Pasukan Piachere.

Pasukan SKTAR 1.

Pasukan SK Puteri 9.

Pasukan SK Sekudai Batu 10.

Pasukan La Voce Dolce.

Pasukan SJKC Chung Cheng.

Pasukan SJKC Kung Man.

 

 

 

Pasukan SJKC Chung Hwa (P).

Pasukan SMK USJ4.

 Pasukan SMK Kepong Shines.

Pasukan SMJK Heng Ee.

Pasukan SMK Subang Utama.

Pasukan SMK Seafield.

Pasukan New Hills Voices.

Pasukan SMJK Yu Hua.

Pasukan SMK Sri Aman.

Baca:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Soalan mudah Matematik (Kertas 2) UPSR - Jika 'cuai' banyak markah akan hilang

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

Bawa balik kerang cantik dari Pantai Tanjung Batu - Pelajar Tingkatan Dua meracau, diganggu