SHAH ALAM - Matlamat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dianggap berjaya sekiranya graduan program itu berjaya mencapai salah satu daripada elemen 3E iaitu education (pendidikan), employment (pekerjaan) dan entrepreneur (keusahawanan).

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohammad Naim Yaakub berkata, tiga elemen tersebut merupakan matlamat utama TVET dan sangat penting untuk dicapai bagi memastikan program itu terus kekal relevan.

Menurutnya, pihaknya  amat menekankan elemen pendidikan  kerana mahu lulusan TVET ini mempunyai peluang  untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata, rata-rata graduan TVET sebelum ini memiliki  kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang baik dan mereka  kemudian mengambil program TVET.

“Setelah tamat TVET, bila mahu sambung pelajaran ke universiti,  syarat kelayakan kemasukan merujuk semula kepada sijil  SPM mereka.

“Itu menyekat peluang  mereka untuk sambung pelajaran tapi kini pembaharuan telah dibuat dengan syarat kelayakan baharu untuk graduan TVET menyambung pengajian boleh dinilai berdasarkan kelayakan tertinggi TVET dimiliki mereka,” katanya sebagai panelis pada Wacana Siri 138 ‘Graduan TVET: Cabaran dan Harapan di Dewan Karangkraf di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Industri Jawatankuasa Teknikal TVET, Datuk Palaniappan Joseph dan Ikon TVET dan Pengurus Nams Energy Sdn Bhd, Muhammad Qamarul Auji yang turut menjadi panelis.

Katanya, dengan itu graduan TVET mampu memperoleh tempat di universiti tambahan pula terdapat banyak pilihan bidang  pengajian kemahiran ditawarkan untuk mereka.

Beliau berkata, pihaknya juga  berharap setiap graduan TVET memperoleh pekerjaan sebaik menamatkan program, namun katanya, untuk memastikan perkara itu berlaku, perlu ada kerjasama awal bersama pihak industri.

Artikel Menarik:

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

'Macam-macam jumpa, kadang-kadang dah anggap seperti perkara biasa' - Guru luah apa yang dilalui

Tak berganjak walau seminit...kesetiaan murid UPSR temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak