Lebih 35,000 murid daripada keluarga B40 di 700 sekolah rendah di seluruh negara telah mula menerima set sarapan pagi di bawah Projek Kantin MILO®, sebuah inisiatif bantuan nutrisi yang diterajui MILO® dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Projek Kantin MILO® membekalkan lebih 1 juta set sarapan pagi yang lengkap berserta minuman MILO® UHT yang berkhasiat selama sebulan (20 hari persekolahan) secara percuma.

Sarapan pagi tersebut disediakan oleh pengusaha kantin yang mendapat subsidi di bawah program ini di sekolah-sekolah yang berkenaan.

Bertujuan menangani impak sosioekonomi Covid-19 terhadap sekolah dan komuniti, Projek Kantin MILO® merupakan sebahagian daripada usaha besar Nestlé Malaysia untuk meringankan beban dan membekalkan nutrisi kepada rakyat pada waktu yang mencabar ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Hal-Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé (Malaysia) Berhad, Datuk Adnan Pawanteh, selari dengan matlamat meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, kami ingin memainkan peranan dengan lebih bermakna terutamanya pada saat kritikal ini ketika negara menuju ke arah pemulihan.

“Pendekatan yang kami ambil untuk Projek Kantin MILO® adalah unik. Ia bukan sahaja menyediakan sarapan pagi berkhasiat kepada murid, malahan bantuan subsidi yang diberikan kepada pengusaha kantin dapat membantu kelangsungan hidup dan perniagaan mereka yang terkesan sebelum ini," katanya.

Menu set sarapan percuma di bawah Projek Kantin MILO®️ dipadankan dengan minuman kotak MILO®️ UHT berkhasiat. Dari kiri: Ng Su Yen, Adnan, Adzman dan Raisin. 

Pengagihan set sarapan pagi percuma telah bermula pada akhir tahun lalu dan diteruskan pada sesi persekolahan baharu tahun ini ketika murid kembali menjalani pembelajaran bersemuka bermula 1 Mac tempoh hari.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, projek Kantin MILO® adalah amalan sarapan pagi yang sihat dan ia sebagai komponen penting dalam penjagaan pemakanan yang betul.

“Ketika anak-anak kembali ke sekolah untuk pembelajaran bersemuka, kami ingin meneruskan kesedaran bahawa sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting dalam membekalkan nutrisi dan tenaga agar mereka dapat menyempurnakan permulaan hari persekolahan demi mencapai potensi terbaik setiap hari.

"Semoga sumbangan menerusi Projek Kantin MILO® ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang dibantu," katanya.

Jumlah sumbangan menerusi Projek Kantin MILO® tersebut adalah bernilai RM3 juta.

Satu majlis penyampaian cek replika telah diadakan untuk meraikan kerjasama dengan KPM.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Sekolah), KPM, Datuk Adzman Talib mengalu-alukan sumbangan daripada Nestlé dan MILO® ke arah usaha bersepadu pemulihan Covid-19 untuk menyemarakkan semula sekolah.

“Penjagaan nutrisi dalam kalangan murid-murid merupakan teras usaha pemulihan Covid-19. Projek Kantin MILO® melengkapkan usaha berterusan pihak Kementerian selama ini menerusi Rancangan Makanan Tambahan untuk memastikan lebih ramai lagi murid yang kurang berkemampuan mendapat nutrisi yang secukupnya.

"Bantuan subsidi yang ditawarkan kepada pengusaha kantin turut memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada anak-anak kita di sekolah terjaga, lebih-lebih lagi pada ketika ini sedang pihak Kementerian meningkatkan usaha untuk membuka semula sekolah dengan selamat," kata beliau.

Setiap set sarapan pagi percuma Projek Kantin MILO® dipadankan dengan minuman MILO® UHT yang diperbuat daripada kebaikan barli malt, susu dan koko, dengan gabungan unik vitamin dan mineral penting untuk membantu membebaskan tenaga daripada makanan.

Selari dengan matlamat jenamanya, MILO® komited menyokong rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, selain memupuk juara segenap generasi menerusi pelbagai inisiatif sukan di peringkat akar umbi.

Artikel menarik

'Setahun sebagai KPPM, saya akui cabaran paling getir ketika negara berdepan Covid-19' - Dr Habibah

Cikgu Aidil Azahar aktif dalam dunia kebajikan hingga jadi sumber rujukan warga pendidik