SHAH ALAM - Bagi mendidik pelajar untuk sentiasa mementingkan kebersihan, cintakan keceriaan dan menghayati kempen Sayangi Sekolahku, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama yang terkenal dengan nama SUTAMA menganjurkan Gotong-royong Perdana SUTAMA 2020.

Pengetuanya, Noor Hayati Embong berkata, program yang diadakan pada 11 Januari lalu itu melibatkan 210 guru dan 500 pelajar.

Turut terlibat ibu bapa dan juga ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Program ini sebagai inisiatif untuk memastikan kawsaan persekitaran sentiasa bersih, selain merealisasikan harapan agar SUTAMA menjadi sebuah sekolah dalam taman yang menceriakan.

“Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, setiap guru perlu memastikan garis panduan dibuat adalah mengikut spesifikasi yang betul, bagi mengelakkan sebarang kecederaanberlaku sepanjang gotong-royong diadakan," katanya.

Aktiviti pembersihan yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari itu turut mendapat tajaan daripada PIBG SUTAMA, Koperasi SUTAMA, kantin, dan juga Mc Donald Puncak Alam.

“Antara aktiviti yang dijalankan, membersih dan menceriakan kelas, membersihkan longkang, membuang daun kering, menanam pokok bunga, mengecat garisan di dataran ilmu dan mengemaskini serta menghias semua ruang informasi di sekolah,” katanya.

Ibu bapa dan pelajar bersama membersihkan kawasan sekolah.

2.Ibu kepada pelajar Muhammad Adib Mohd Fithri, Sarimah Abu Bakar menolak kereta sorong yang dipenuhi daun dan rumput kering.

4.Pelajar dan wakil ibu bapa sedang mengecat pintu kelas

5.Ibu bapa bergotong royong mencabut rumput dan menanam semula pokok bunga.

6.Aktiviti melengkapkan serta menghias ‘Ruang Informasi ‘ Kelab Guru SUTAM

Mengukur dengan tepat agar garisan yang dibuat tidak berlaku sebarang kesilapan teknikal.

Pandangan dari sisi atas Dataran Ilmu SUTAMA. Kelihatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SUTAMA bersama guru MPP membuat garisan putih bagi memudahkan pelajar beratur mengikut  kelas ketika perhimpunan.

Artikel lain:

11 Kantin sekolah dengan dekorasi mewah ini patut jadi destinasi lawatan penanda aras

Cikgu boleh semak ujian kesihatan mental di sini…

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020