KUALA KUBU BHARU - Seramai 43 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 menerima hadiah wang tunai berjumlah RM6,300 daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kuala Kubu Bharu.

Agihan wang tunai itu mengikut keputusan dengan RM30 untuk 5A  manakala RM50 bagi 6A dan RM100 kepada pelajar 7A.

Pelajar yang mendapat keputusan 8A, 9A dan 10A masing-masing akan menerima RM150, RM200  serta RM250.

ADUN Kuala Kubu Bharu Lee Kee Heong berkata, ibu bapa dan penjaga  kepada pelajar terbabit merupakan  pengundi di DUN berkenaan.

Menurutnya, pelajar juga menerima cenderamata dan sijil penghargaan ditandatangani  Menteri Besar, Amirudin  Shari.

“Kakitangan PKM turut diraikan  pada majlis sama atas komitmen menjaga kebajikan rakyat dalam menggalas aspirasi kerajaan negeri,” katanya.