KALUMPANG - Kualiti nilai kepimpinan yang diterapkan kepada golongan muda kini bakal mempengaruhi potensi dan prestasi mereka ketika memimpin negara kelak.

Pegawai Khas Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, golongan tersebut termasuk pelajar dan mahasiswa merupakan pewaris yang akan meneraju dan mencorak hala tuju negara.

Menurutnya, selain akademik mereka perlu dilengkapi dengan nilai kepimpinan supaya memahami dan mampu menangani masalah dengan penyelesaian terbaik.

“Di peringkat sekolah lagi, pelajar sudah didedahkan dengan pelbagai aktiviti terutama kokurikulum bagi mendidik mereka menjadi pemimpin.

“Bermula dengan diri sendiri dan memimpin rakan sebaya seterusnya mendekati masyarakat dengan mengambil inisiatif menganjurkan program bermanfaat termasuk sukarelawan," katanya.

Menurut beliau, penglibatan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga meningkatkan daya kepimpinan golongan muda.

Beliau berkata demikian pada Kursus Kepimpinan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Kamarudin, kelmarin.

Hadir sama, Penolong Kanan Kokurikulum, Abd Aziz Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran, Maniza Yusof dan Penasihat Afwah Hulu Selangor, Mohamed Zuhri Abdullah Saleh.

Artikel menarik:

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya...' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

Tak berganjak walau seminit.. kesetiaan murid tahun 6 temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak

'Beg mahal dan gelang emas ni untuk aku?' - Guru ini terkejut terima hadiah anak murid

Ini senarai biasiswa yang masih dibuka untuk lepasan SPM mohon

KPM nasihatkan guru besar, pengetua nilai semula agihan tugas agar guru tidak terbeban