BANTING - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 A+dan 1A yang diperoleh membuktikan Fadhluddin Sahlan berjaya mengikuti jejak empat lagi abang-abangnya yang pernah merangkul 11 hingga 12 A dlm peperiksaan awam itu.

Anak kepada Penyelidik dan Pensyarah Undang-Undang, Sahlan Saruddin dan ibunya, Najwa Abdul Aziz seorang peguam, Pelajar Terbaik Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB), Banting ini sudah bergelar hafiz semasa di tingkatan empat dan memperoleh Sijil Tahfiz Al-Quran dengan pangkat Mumtaz dari sekolah yang sama.

Bercita-cita menjadi doktor, rahsia kejayaan Fadhluddin ialah mengimbangi amalan bacaan al-Quran dengan menelaah buku-buku akademik.

Fadhluddin berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya yang sentiasa menjadi pendorong untuknya terus berjaya.

"Kejayaan ini juga atas bimbingan guru sekolah ini yang sangat dedikasi serta sentiasa menganggap pelajar-pelajar MITIB seperti anak-anak sendiri," katanya