KLANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata ia berikutan perbincangan berhubung perlaksanaannya masih di peringkat awal.

"Perkara itu masih dalam perbincangan awal, keputusan masih belum dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hokkien Klang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelaksanaan dasar itu.

Perdana menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya Jumaat lepas, menekankan tentang perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Dr Mahathir, yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara. - Bernama

Artikel Lain:

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Jadilah ketua yang disukai, guru ini ada tipnya

Murid mengantuk dalam kelas...Cikgu Herryan Syah sediakan 11 idea menarik untuk guru-guru cuba

Cikgu Azlan kongsi tip mudah bina carta pai subjek Geografi

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti