SHAH ALAM - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah disaran merebut peluang untuk menyertai kempen #wakaf4tomorrow yang dianjurkan Grup Buku Karangkraf sempena Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019.

Penolong Pengurus Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Muhammad Asyraf Yahya berkata, pihaknya menyediakan pakej wakaf buku sekolah dengan pilihan buku dan harga menarik.

“Kita telah sediakan pakej wakaf untuk dihantar ke sekolah dengan pilihan harga dan buku yang disediakan. Ada yang RM50, RM70 dan RM100,” katanya.

Menurutnya, kempen #wakaf4tomorrow menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung jualan gudang yang diadakan selama 10 hari berakhir Ahad ini (4 Ogos).

"Program wakaf terutamanya wakaf al-Quran terbitan Karya Bestari bukanlah perkara baharu setiap kali berlangsungnya jualan gudang.

“Namun, bersempena dengan Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019 ini, Grup Buku Karangkraf mencipta sedikit kelainan dengan memperkenalkan satu lagi program wakaf iaitu wakaf buku yang terdiri daripada pakej buku cerita dan buku akademik.

“Pengunjung boleh mula berwakaf dengan RM50 dan terpulang kepada mereka untuk mengambil pakej buku cerita atau buku sekolah,” katanya.

Baca:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi tip mudah skor A bahasa Inggeris UPSR

UPSR dah dekat - Guru Pakar ini kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Pesanan khas untuk ibu bapa menjelang peperiksaan UPSR

Bekas pelajar SMKA Wataniah ini sanggup kerja 'cleaner', untuk beli tiket 'flight' mak ayah ke UK