SABAK BERNAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembukaan sekolah rendah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya berkata, pembukaan sekolah rendah masih dalam peringkat perancangan dan hanya akan dibuka semula tertakluk kepada keadaan semasa koronavirus (Covid-19) negara ini.

“Setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara ini,” katanya di sini semalam.

Beliau menegaskan, walaupun sekolah rendah belum memulakan sesi persekolahan namun semua guru perlu berada di sekolah bagi menjalankan pembelaja­ran dan pemudahcaraan (PdPc).

“Mereka (guru) tetap terus mem­buat kajian keperluan murid dan sekiranya murid  tidak mempunyai akses pembela­jaran secara dalam talian, kita minta guru datang ke rumah menghantar lembaran kerja.

“Ini sebahagian daripada normal baharu dan paling penting kita prihatin dengan keperluan pembelajaran serta melaksanakan tugasan seperti biasa,” katanya.

Mengulas mengenai pembukaan prasekolah lebih awal berbanding sekolah rendah, Muslimin berkata, keputu­san itu dicapai selaras dengan keputu­san membabitkan dua kementerian lain.

Katanya, keputusan itu telah dipersetujui Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Tabika Perpaduan melalui Kementerian Perpaduan Negara. 

Artikel menarik:

'Sekolah akan ditutup buat sementara waktu jika ada kes' - Dr Noor Azmi

Perubahan Cuti Takwim Penggal 2020...ini penjelasan Timbalan Menteri Pendidikan 1

PM tinjau pembukaan sekolah, pelajar luah perasaan setelah dapat kembali ke sekolah

Pelajar teruja kembali ke sekolah, setelah tiga bulan sekolah diarah tutup