SHAH ALAM - Buku Peta Minda Genius Sains: Tahun 4, 5 dan 6, antara yang laris di Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf 2019.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Bestari Karangkraf Sdn Bhd, Izzat Izhar Muhammad Nasir berkata, isi kandungan yang ringkas dan mudah difahami membuat buku ini rujukan penting untuk pelajar.

“Buku ini adalah ringkasan daripada apa yang dipelajari dalam buku teks mata pelajaran Sains, menjadikan ia pilihan untuk pelajar,” katanya.

Katanya, jualan gudang yang berlangsung kini menjanjikan pelbagai bahan bacaan yang berkualiti, pada harga murah.

Pengunjung melihat isi kandungan buku rujukan sekolah terbitan Bestari Karangkraf Sdn Bhd.

Kebanyakan bahan bacaan yang diterbitkan terutama berbentuk akademik semuanya melalui semakan dan dihasilkan oleh penulis bertauliah.

“Begitu juga bagi bahan bacaan terbitan Bestari Karangkraf Sdn Bhd yang kebanyakannya fokus untuk rujukan pelajar.

“Bahan bacaan seperti buku cerita, buku aktiviti, buku latihan dan kumpulan kertas model peperiksaan utama di negara ini telah melalui semakan dan dihasilkan oleh guru berpengalaman, jurulatih bertauliah serta pemeriksa kertas peperiksaan," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, bahan bacaan Bestari Karangkraf semuanya berkualiti.

Kata Izzat Azhar, semua buku mengikut silibus sukatan pelajaran terkini, yakni memang sesuai dengan anak masing-masing sebagai bahan rujukan.

Mengenai harga yang ditawarkan, Izzat Azhar berkata, di jualan gudang harga ditawarkan memang sangat murah iaitu serendah RM1, di mana tidak akan diperoleh di tempat lain.

“Ada yang dijual RM1, RM2, RM3 dan RM10. Jadi sangat sesuai untuk ibu bapa atau guru datang ke jualan gudang ini bagi mendapatkan bahan bacaan ini dengan harga sangat murah,” katanya.

Lagi info mengenai diskaun hebat yang diberikan kepada pihak sekolah di link ini https://www.gpsbestari.com/berita/buku-psra-pt3-buku-latihan-rm1-sahaja-jom-ke-jualan-gudang-karangkraf-pelajar-diskaun-35-1.922437

Harga serendah RM1, ditawarkan bagi bahan bacaan Bestari Karangkraf di jualan gudang ini.