SHAH ALAM - Bagi meningkatkan kualiti pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu sekaligus Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur, Klang telah mengadakan satu Program Kemilau Permata.

Program itu adalah jalinan dan jaringan yang diusahakan dan diselaraskan oleh peserta program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL)  melibatkan Kumpulan Media Karangkraf dan Penceramah Guru Pakar Modul Bahasa Melayu TUISC, Khadijah Ishak.

Pengarah program selaku peserta NPQEL ambilan 1/2019, Roslina Abdullah Sani berkata program itu merupakan peningkatan kualiti bagi pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya pelajar yang mendapat gred B dan C berdasarkan pencapaian Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) 2018 untuk peningkatan pencapaian  kepada gred A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Program ini adalah program khas yang dipilih oleh saya setelah menjalankan kajian SWOT sekolah ini dan isu yang paling kritikal untuk diselesaikan.

"Program peningkatan kualiti ini merupakan satu program akademik usahasama antara Unit Kurikulum yang dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu SMK Batu Unjur dengan saya," katanya.

Katanya, pelajar dapat mempelajari teknik baharu dalam penulisan karangan daripada penulis modul yang telah terbukti berjaya meningkatkan kemahiran menulis karangan.

"Selain itu, jalinan bersama Karangkraf adalah tindak susul program tersebut kerana majoriti pelajar lemah Bahasa Melayu.

"Sudut Memperkasa BM ditambahbaik dengan sumbangan deko serta buku-buku dari Karangkraf," jelasnya.

Majlis Perasmian penutupan dirasmikan oleh Pengurus Besar Pemasaran & Jualan Kumpulan Media Karangkraf, YM Raja Shahfaizal Raja Khairudin.

ARTIKEL MENARIK:

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

'Terima kasih semua...' - Rezeki murid Tahun Enam jaga lima adik tidak putus-putus