BANGI - Program Revolusi Target dan Skor 6A anjuran Success Revolution Academy dianugerahkan Malaysia Book Of Records (MBOR) atas kejayaan penyertaan teramai dalam Seminar UPSR berkenaan.

Seminar yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 6 petang, di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, 7 Julai lalu, berjaya dihadiri seramai 1,350 murid Tahun Enam dari sekolah sekitar Bangi, Putrajaya, Kajang, Dengkil, Sepang, Semenyih, Bukit Jalil dan Seri Kembangan.

Pengasas Success Revolution Academy, Coach Roslan Faizee Seeni Ameerdeen berkata, pengiktirafan MBOR terhadap program tersebut di luar jangkaannya.

“Ini kali pertama kami menerima anugerah MBOR. Tak sangka, masih terkejut dan dalam masa yang sama berterima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf seminar UPSR ini,” katanya kepada GPS Bestari.

Coach Roslan Faizee (kiri) dan Coach Abdul Subhan (kanan) bersama anugerah MBOR.

Ditanya mengenai strategi yang digunakan sehingga mampu menarik ramai calon UPSR datang ke seminar, ini kata Coach Roslan Faizee.

“Kami sediakan teknik belajar yang menyeronokkan dan memberangsangkan sepanjang program berlangsung.

“Malah, kami juga menyediakan pengangkutan secara percuma dari sekolah ke dewan seminar bagi memudahkan ibu bapa,” ujarnya.

Sebanyak 34 buah bas disediakan di sekolah yang terlibat bagi memudahkan peserta datang ke program berkenaan.

Pengiktirafan daripada MBOR kepada program Revolusi Target dan Skor 6A anjuran Success Revolution Academy.

Sementara itu, Program Revolusi Target dan Skor 6A yang turut disertai sembilan pegawai tertinggi dari Success Revolution Academy dengan dibantu 19 fasilitator daripada KUIS, bertujuan membantu murid mengetahui teknik yang betul ketika menduduki peperiksaan.

“Kita sediakan empat guru pakar yang berpengalaman lebih daripada 15 tahun untuk membantu calon UPSR tahu teknik sebenar setiap subjek UPSR.

“Teknik yang dikongsi ialah teknik menjawab kertas Bahasa Melayu 1 & 2, teknik menjawab kertas Bahasa English 1 & 2, teknik menjawab soalan Matematik dan teknik menjawab soalan Sains ,” ujarnya.

Selain Coach Roslan Faizee yang juga bertindak sebagai motivator program, juga turut serta berkongsi ilmunya ialah Coach Abdul Subhan Mahfooz yang mengisi slot motivasi pagi.     

Menerusi seminar UPSR itu juga, peserta memperoleh ilmu secara mendalam mengenai cara skor dengan mudah semua subjek menggunakan “High Impact Learning Method” dan Fun Learning.

Bersama pihak MBOR, tetamu VIP dan jurulatih Success Revolution Academy.

Juga, mendapat pelbagai motivasi yang menggunakan kaedah Neuro Linguistic Programme (NLP).

Akhir sekali, Coach Roslan Faizee berharap setiap peserta yang hadir dapat mencapai kejayaan yang mereka hajati dan mampu mencapai keseimbangan kecerdasan IQ,EQ dan SQ.

“Seterusnya semoga kami dapat bantu lebih ramai lagi murid di luar sana untuk mencapai visi kami “ We Create a Better Future”,” ujarnya.

Success Revolution Academy ditubuhkan pada 2007 oleh Coach Roslan Faizee dan Coach Abdul Subhan.

Misi penubuhan adalah memfokuskan kepada kaedah belajar berimpak tinggi dengan menerapkan teknik pembinaan hubungan yang efektif dan seronok dengan menyeimbangkan aspek IQ, EQ, dan SQ demi pembangunan holistik.

Juga berusaha mencorakkan pembangunan generasi bakal pemimpin masa hadapan yang mampu mengemudi kepimpinan negara demi kemajuan berterusan dalam usaha mencapai puncak kejayaan.

Objektifnya adalah untuk menaikkan tahap motivasi diri dan membantu remaja mencapai keputusan yang memberangsangkan.

Pelancaran buku ‘Hayal Alal Falah’ oleh Gold Master Trainer Akademi NLP Malaysia, Mat Taib Mat. Turut serta Coach Roslan Faizee (kanan) dan Coach Abdul Subhan (kiri).

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

10 manfaat belajar awal pagi cara Cikgu Shahrul...penting untuk calon UPSR amal