GPS BESTARI mencari kumpulan yang berani dan berjiwa patriotik!

Pertandingan terbuka untuk semua sekolah di seluruh negara.

Anda boleh hasilkan apa sahaja karya asalkan memenuhi konsep JIWAI RUKUN NEGARA.

Perlu mengandungi mesej mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara cara hidup demokratik, negara yang makmur dan bersatu padu.

Terdapat DUA Kategori GPS Bestari, LIMA Kategori Sinar Harian dan SATU Kategori Khas.

Hadiah LUMAYANNNNNNNN

Hadiah

Kategori Sekolah Rendah

Tempat Pertama - RM10,000 + Trofi + Sijil

Kategori Sekolah Menengah:

Tempat Pertama     - RM10,000 + Trofi + Sijil

Video pilihan juri - RM15,000 + Trofi + Sijil

100 penyertaan terawal akan menerima wang tunai sebanyak RM100. 

Penyertaan dibuka - 20 Februari 2020  

Tarikh tutup penyertaan - 13 April 2020

Cara penyertaan:

1. Rekod video.

2. Muat turun logo Reboot: Jiwai Rukun Negara dari https://www.gpsbestari.com/rebootjiwairukunnegara (bermula 20 Februari 2020)

3. Video yang lengkap dengan logo Reboot Jiwai Rukun Negara dimuat naik di media sosial masing-masing (pastikan akaun 'public')dengan #harmonimalaysia #kitalahmalaysia

4. Isi borang penyertaan online di https://www.gpsbestari.com/rebootjiwairukunnegara berserta dengan link video.

5. Video akan dimuatnaik di https://www.gpsbestari.com/rebootjiwairukunnegara

6. Sedia untuk undi

Jom tengok syarat-syaratnya

Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia.

2. Setiap kumpulan wajib menggunakan BAHASA MELAYU dalam persembahan.

3. Durasi persembahan TIGA hingga LIMA minit.

4. Kandungan dalam video tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.

5. Hanya dibenarkan menggunakan instrumen/muzik ciptaan sendiri.

6. Penyertaan yang disertakan dengan borang sahaja dikira sah.

7. Semua video penyertaan adalah hak milik Sinar Karangkraf dan boleh digunakan bagi tujuan promosi.

8. Keputusan penganjur adalah muktamad  dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

9. Sebarang pertanyaan boleh hubungi GPS Bestari melalui facebook atau 0192802080 (Normi) dan 0189688178 (Sarina)