TELOK DATUK - Persatuan Bekas Murid-Murid Sekolah Methodist Telok Datok (MESOPA) akan menganjurkan majlis hi tea untuk menghimpunkan semula  rakan-rakan lama.

Lebih menarik, majlis itu juga diadakan bagi memberi penghormatan kepada pengetua pertama pada 1952, VK Vincent Daniel yang kini berusia 91 tahun dan pengetua yang masih berkhidmat, Sangeetha Jit Kaur.

Wakil penganjur, Samson Sevanjanam berkata, Sekolah Methodist Telok Datok ada sejarah yang panjang kerana sekolah itu adalah yang pertama dan tertua di Telok Datok.

Katanya, mereka mengalu-alukan bekas-bekas murid untuk menyertai majlis itu yang akan diadakan di Kompeks Sukan yang baru didirikan bermula jam  3 petang, 20 Julai ini.

“Marilah menyertai beramai-ramai majlis ini dan menikmati makanan yang dihidangkan sambil meraikan bersama rakan-rakan lama. Majlis ini juga memberi peluang untuk mengenang zaman persekolahan yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, bayaran RM50 dikenakan untuk seorang dewasa manakala kanak kanak di bawah 12 tahun adalah percuma.

“Tempahan tiket awal digalakkan mengikut sistem siapa cepat dia dapat. Bayaran boleh dimasukkan ke dalam akaun  Hong Leong Bank 153-00-44-23, Persatuan Bekas Murid Murid Sekolah Methodist, Telok Datok,” katanya.

Menurutnya, beliau boleh dihubungi di talian 012-2926090 untuk pertanyaan lanjut.

Artikel lain:

‘Ibu kata, cikgu tak boleh rotan dan apa-apakan kita’- Luluh hati guru dengar ungkapan murid ini...

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR