SHAH ALAM - “Moga diorang (mereka) tenang dekat sana amin.”

Demikian tulis Nur Iman Muqriz Muhd Fakrul Khair, 17, yang merupakan abang sulung kepada Nur Salsabila, 16, dan Nur Ain Sumayyah, 13, yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Utama, Kampung Indah, Kuala Langat semalam.

Dalam status InstaStory yang dimuat naik beberapa jam lalu, dia yang menggunakan akaun imanmuqriz_ turut memohon mereka yang mengenali adik-adiknya menghadiahkan al-Fatihah.

Status berkenaan turut disertakan dengan gambar dia bersama dua  adik perempuannya itu.

Sementara itu, Nur Iman Muqriz yang juga pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Laut, Tanjong Sepat ketika dihubungi Sinar Harian berkata, hubungan dia dengan adik-adiknya sangat rapat.

“Adik-adik saya langsung tidak menunjukkan perlakuan atau tanda-tanda pelik mereka akan tinggalkan kami,” katanya sebak.

Dalam kejadian awal pagi itu, mangsa ditemukan meninggal dunia sewaktu operasi menyelamat dilakukan.

[ARTIKEL BERKAITAN : 'Tak sangka pergi pun bersama... ibu sebak cerita rutin harian anak-anaknya mengaji al-Quran']

Artikel lain:

‘Ibu kata, cikgu tak boleh rotan dan apa-apakan kita’- Luluh hati guru dengar ungkapan murid ini...

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR