KUALA SELANGOR – Skuad Patrol Denggi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru membuat kelainan pada tahun ini dalam menyemarakkan Program Gerak Gempur Kesedaran Denggi  dengan menggunakan bahasa  Perancis.

Dengan slogan ‘Tiada Aedes Tiada Denggi’ yang diberi nafas baru menggunakan bahasa Perancis iaitu Stop Aedes, Au Revoir Dengue, 40 murid SK Bandar Baru mengadakan kempen kesedaran di Pasar Malam Kuala Selangor baru-baru ini.

Skuad Patrol Denggi bersama penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Selangor sempena Program Gerak Gempur Kesedaran Denggi di Pasar Malam Kuala Selangor.

Skuad Patrol Denggue SK Bandar Kuala Selangor mengedarkan risalah dari rumah ke rumah bagi misi kesedaran kepada orang ramai.

Penyelaras program, Sarulliza Alang berkata, ahli Skuad Patrol Denggi bertindak sebagai duta kecil bagi memupuk kesedaran masyarakat setempat.

“Mereka membawa misi mengenai elemen kebersihan kawasan dan bahaya wabak demam denggi di kawasan tumpuan.

“Amalan membanteras denggi itu perlu dipupuk untuk menyelamatkan keluarga dan masyarakat dari peringkat awal,” katanya.

Hadir sama, Guru Besar SK Bandar Baru Kuala Selangor, Norzakiah Daud. Sarulliza memberitahu, amalan kebersihan bukan sahaja perlu dipupuk di peringkat sekolah tetapi di rumah.

“Masyarakat setempat diminta mengamalkan kebersihan sepanjang masa di kediaman mereka.

“Pada program ini, ahli Skuad Patrol Denggi mengedarkan risalah berkaitan aedes dan bahaya denggi kepada pengunjung pasar malam," katanya.

Sampah yang dikumpulkan dibuang dan dibakar bagi mengelakkan pembiakan aedes.

Aktiviti pembersihan longkang dijalankan ahli skuad sempena program gotong-royong komuniti.

Maskot Patrol Denggue SK Bandar Baru Kuala Selangor, Super Z mengedarkan risalah kepada pengunjung pasar malam.

Artikel menarik:

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

Tajau usia 500 perlu dimusnahkan... Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

Selipar lusuh dikutip lalu direka menjadi mainan sendiri... idea pelajar ini tarik perhatian netizen

Sains Pertanian bakal diperkenalkan semula di sekolah

Pelajar boleh semak kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA 5 Mei ini