RAWANG - SMK Bandar Sungai Buaya hari ini menganjurkan Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) peringkat Daerah Hulu Selangor di sekolah berkenaan di Rawang, Selangor, Jumaat lalu.

Penganjuran buat julung-julung kalinya anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dan sekolah tersebut menyaksikan pelbagai inisiatif berteraskan teknologi hijau dipertandingkan dan dipamerkan bagi meningkat kesedaran murid terhadap Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG 2030).

Antara inisiatifnya termasuklah mencungkil bakat murid dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan (STEM), mencetus budaya reka cipta dan inovasi berunsurkan Teknologi Hijau dan menggilap minat murid ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dan seni bina berasaskan Teknologi Hijau.

SDG 2030 dipupuk melalui pertandingan inovasi tenaga biojisim.

Pengetua, SMK Bandar Sungai Buaya, Alimah Abu Noh, berkata antara 17 perkara yang diberikan penekanan dalam SDG 2030 ialah pendidikan berkualiti, tenaga bersih dan terjangkau dan menangani perubahan iklim.

"Justeru, kami menerapkan elemen ini pada peringkat awal lagi bagi memastikan   kemajuan yang dicapai bersifat menyeluruh tanpa meninggalkan hak golongan rentan.

"Sehubungan dengan itu, agenda tindakan untuk manusia, planet dan kemakmuran global dapat diperkasakan melalui pendidikan yang saksama dan mampan," katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian dan penutupan program ini ialah , Pengarah Eksekutif, International Green Training Centre merangkap Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim.

Seramai 150 murid menyertai karnival dua hari tersebut yang menyaksikan SMK Bandar Sungai Buaya menjuarai karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat Daerah Hulu Selangor.

Pertandingan reka bentuk bandar berlandaskan teknologi hijau.

Peserta mencetus idea inovasi dalam pertandingan Cabaran Green Cooker.

Artikel lain:

Berkenaan maklumat tular cubaan culik murid SK Pelindung ini kata Ketua Polis Kuantan

KPM disaran laksana penilaian holistik projek 1BestariNet Fasa 2

'Jaga hubungan dengan ALLAH dan manusia' - Muhammad Irham pelajar huffaz terbaik Selangor