SHAH ALAM - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Sungai Petani, Kedah diumumkan johan Kategori Sekolah Menengah FiTA Wave Short Film Awards 2019 yang diadakan malam kelmarin.

Dalam pada itu, Kategori IPTA/IPTS/Kolej dimenangi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Filem 'Sisa Binasa' arahan Ridhwan Saidi muncul johan Kategori Terbuka.

Filem 'YOL' yang dihasilkan oleh SMK Seksyen 18, Shah Alam diumumkan sebagai Filem Pilihan Popular.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan FiTA Wave Short Film Awards 2019 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Ia disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan (KPM), Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Pasukan SMK Seksyen 18, Shah Alam meraikan kejayaan dengan pelakon dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam.

Johan Kategori Sekolah Menengah, IPTA/IPTS/Kolej dan Terbuka menerima wang tunai RM10,000 berserta trofi dan sijil penghargaan, manakala Naib Johan RM5,000 berserta trofi dan sijil penghargaan dan pemenang tempat ketiga RM2,000 serta trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah Pilihan Popular menerima RM5,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.

 

Video SMK Khir Johari yang dinobat johan FiTA Wave Short Film Awards 2019 Kategori Sekolah Menengah

 

Menurut Hamisah, FiTA Wave Short Film Awards 2019, yang terdiri daripada empat kategori diperkenalkan untuk memberi peluang kepada para pelajar menunjukkan bakat dan kreativiti mereka.

Pertandingan ini juga dibuka kepada orang awam dan telah berlangsung sejak awal Mac 2019.

Kata beliau, tema pertandingan FiTA Wave Short Film Awardsyang memberi penekanan kepada isu pendidikan, seni warisan, budaya, pembangunan sosial dan alam sekitar selari hasrat KPM dalam mempertingkatkan taraf industri seni kreatif di Malaysia melalui institusi pengajian tinggi.

Sebanyak 200 penyertaan diterima sehingga tarikh tutup pada 20 Mei lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 karya bagi setiap kategori disenarai pendek sebagai semi-finalis dan telah dimuat naik di FiTA TV, YouTube.

Kesemua 45 karya itu adalah untuk dipilih khalayak bagi Anugerah Pilihan Popular.

Hamisah turut mengucapkan tahniah kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA), UiTM di atas kejayaan menjadi tuan rumah kepada penganjuran FiTA Wave Short Film Awards 2019. “Penghargaan juga harus diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Yayasan Hasanah dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di atas inisiatif untuk menjalinkan kerjasama yang bersifat inovatif seperti penganjuran FiTA Wave Short Film Awards ini,” kata beliau.

Katanya, KPM sentiasa menyambut baik penganjuran pertandingan serta acara sebegini.

“Adalah diharapkan agar ia berfungsi sebagai salah satu mekanisme penggerak kepada Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang bertujuan mengetengahkan budaya dan identiti tempatan ke peringkat global melalui seni kreatif,” katanya.

Pasukan SMK Seksyen 18, Shah Alam bersama pelakon dan pengarah terkenal Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Menengah

Johan - Filem 'Kertas Renyuk', SMK Khir Johari, Sg Petani - https://youtu.be/R3nSxmVEpQc

Tempat Kedua - Filem 'Hope', SMK Tok Janggut - https://www.youtube.com/watch?v=wOID-KPyg44

Tempat Ketiga - Filem 'Jamal: The Untold Story', SM Sains Lahad Datu - https://www.youtube.com/watch?v=Zy-l1XdIPuA

Peserta lain:

SMK Methodist Tanjong Malim, Filem Green Heart -  https://www.youtube.com/watch?v=h1wURP2Tboo

SM Sains Batu Pahat, Filem Nostalgia Gambus - https://www.youtube.com/watch?v=a_fcfM2Qgoc

SM Sains Dungun, Filem Lifetime Learning - https://www.youtube.com/watch?v=7Pwm6ENYQAk

Sekolah Menengah Agama Setiu, Filem Didik - https://www.youtube.com/watch?v=_wn_JNLaI7E

SMK Seri Permaisuri, Filem Gurindam - https://www.youtube.com/watch?v=1r7pg3Eghdc

SMK Seri Bintang Selatan, Filem Zoetic - https://www.youtube.com/watch?v=m4gGxOwWZ-E  

SM Sains Rembau, Filem Korban Tak Tersia - https://www.youtube.com/watch?v=b09Ahk0PVNM

SMK Methodist Tanjung Malim, Filem Failed - https://www.youtube.com/watch?v=ghFZLCKlUHw

SMK Methodist Tanjung Malim, Filem Successful - https://www.youtube.com/watch?v=SgTwy9ZTVq4

SMK Seksyen 9, Filem Tugas - https://www.youtube.com/watch?v=PRrIGHoVJ-Y

SMK Tok Janggut, Filem Responsibility - https://www.youtube.com/watch?v=wOID-KPyg44

SMK Seksyen 18, Filem Yol - https://www.youtube.com/watch?v=vRKA0gTXKAM

 

Kategori IPTA/IPTS/Kolej

Johan - Filem 'Lukisan Jalanan', Aswara

Tempat Kedua - Filem 'Dark Drawings Unpacked', Universiti Malaya

Tempat Ketiga - Filem 'Mamat', Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM

Johan Kategori Terbuka

Johan - Filem 'Sisa Binasa' arahan Ridhwan Saidi

Tempat Kedua - Filem 'Nor Dari Tingkat 2' arahan Arian Md Zahari

Tempat Ketiga - Filem ‘X + 2Y=Z’ arahan Yusuf Zalfakhar

Pengetua SMK Seksyen 18, Shah Alam, Ahmad Kamal Idris (tengah) bersama pelajar dan guru pengiring meraikan kejayaan setelah video 'YOL' diumumkan sebagai Filem Pilihan Popular.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir (kanan) bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim (tengah) dan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen (kiri) pada malam FiTA Wave Short Film Awards 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM.

Siti Hamisah (dua, kanan) bersama Mohd Azraai (tiga, kiri) dan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen (dua, kiri) ketika merasmikan FiTA Wave Short Film Awards 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM.

Artikel menarik:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Tulisan Dr. Isahak mengenai sistem pendidikan negara dan UEC - Satu pandangan yang membuka mata

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik

Meja guru perlu kemas dan tersusun - Panduan ini mungkin berguna buat cikgu