Shah Alam - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 kekal tempat kelima terbaik di di Daerah Petaling Perdana dengan lima calon mendapat 11A, 10A (4), 9A (10), 8A (16), 7A (20).

Pengetua Ahmad Kamal Idris berkata, gred purata juga meningkat dari 3.20 kepada 3.17 dengan peratusan lulus seratus peratus.

"Sebanyak 12 subjek lulus seratus peratus, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi, Seni Visual, Perniagaan, Ekonomi, Sains Rumahtangga, Grafik Kejuruteraan, Fizik dan Pendidikan Syariah.

"Kepada pelajar yang tidak mendapat 7A ke atas, saya percaya dengan gred purata 3.17, semua keputusan pelajar adalah memuaskan," katanya.

Calon SPM SMK Seksyen 18 meraikan kejayaan.

Pesan beliau, bagi mereka yang kurang cemerlang, SPM hanya permulaan kerana banyak lagi ruang untuk mencapai kecemerlangan seperti di peringkat diploma dan ijazah.

"Ada yang tidak cemerlang SPM tetapi boleh mendapat PhD dan menjadi terkenal, termasuk menjadi peimpin dan ulama," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kakitangan SMK Seksyen 18 dan Sinar Harian yang sentiasa menyiarkan berita kejayaan sekolah.

Pelajar kelas 5 Saad, Anis Amira Ahmad (kiri) bersama rakannya Nur Damia Qistina M Tonikiro dari kelas 5 Bilal.

Dari kiri: Nur Damia Qistina (9A), Puteri Nur Natasya Adilla (7A) dan Nur Syahirah Natasha (8A) dari kelas 5 Bilal.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.923720.1552557713!/image/image.jpg

Zualia Nabeeha Zulkifli (6A) dari kelas 5 Anas bersama adiknya Zufareeha Nazeeya yang merupakan pelajar tingkatan 4 sekolah itu.

Ini pula tip yang diberikan pelajar cemerlamg SPM https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/anak-penulis-skrip-andainya-takdir-rangkul-10a-spm-1.923713