KLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah mensasarkan 25 pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diumumkan Khamis ini.

Pengetua SMK Tengku Ampuan Rahimah, Hajah Haznah Hamzah berkata, ini berdasarkan komitmen sangat tinggi ditunjukkan terutama guru dan pelajar melalui pelbagai program dan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Atas usaha yang ditunjukkan guru dan pelajar sepanjang tahun lalu diharap keputusan peperiksaan SPM kali ini lebih baik berbanding 2016.

“Seramai 16 pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2016 dan tahun ini pihak sekolah mengharapkan ada peningkatan,” katanya.

Seorang pelajar melafazkan ikrar aku janji dengan penuh semangat.

 

Sementara itu, Guru Kaunselor Zubaidah [email protected] berkata, menjadi rutin tahunan pihak sekolah mengadakan Program Success dan penetapan target PT3 serta SPM.

"Pada Program Success, pelajar akan berikrar aku janji secara serentak.

“Tujuannya memastikan setiap pelajar mempunyai matlamat untuk berjaya dan meningkatkan motivasi untuk terus berusaha bagi menghadapi peperiksaan," katanya.

Kata beliau, pada tahun ini, seramai 309 pelajar akan menghadapi PT3 manakala 350 lagi bakal menduduki SPM.

Terdahulu, majlis dirasmikan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS), Mohd Radzi Abdullah membabitkan semua pelajar.

Radzi ketika merasmikan Program Succes di SMK Tengku Ampuan Rahimah.

 

Lebih 200 ibu bapa hadir pada majlis berkenaan.

Ibu bapa turut hadir pada majlis pelacaran di SMK Tengku Ampuan Rahimah.