MENEPATI ciri Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gerdu, Perak, melakukan inisiatif mencungkil potensi murid Tahun Dua dari aspek pemikiran kreatif dan berinovasi menerusi penganjuran Program Pembelajaran Berasaskan Penyelidikan (RBL).

Guru Pembimbing SK Matang, Roslinda Abdullah, berkata, pihak sekolah menerusi Pusat Sumber Ibnu Sina menganjurkan program itu di Kolej Komuniti Cawangan Bagan Serai bagi memberi suasana berbeza dengan apa yang di sekolah.

Murid Tahun Dua SK Matang teruja mendapat pengiktirafan Pembentangan Terbaik bersama guru yang menjayakan Program Pembelajaran Berasaskan Penyelidikan.

"Pada program ini, murid perlu membentang hasil kajian yang dibuat berdasarkan tema Haiwan dalam sukatan mata pelajaran Sains Tahun Dua.

"Program ini bertujuan mengasah kemahiran mereka cipta, menyelidik, mengkaji, menganalisis dan mengaplikasi dalam kehidupan seiring dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Negara," katanya.

Menurut beliau, seramai lapan penyelidik cilik terbabit dalam program itu yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Melibatkan lapan penyelidik cilik yang mewakili kumpulan 1 dan kumpulan 2 bersaing membentang hasil kajian mereka dengan tema pilihan 'Haiwan' dalam sukatan mata pelajaran Sains Tahun Dua.

Sementara itu, Guru Besar, Norazani Mahamad berkata, beliau berpuas hati dengan hasil kemenjadian murid menerusi program RBL tersebut.

Cikgu Norazni berkata, murid dikehendaki menjalankan kerja lapangan sebelum menghadiri program RBL dan mereka perlu mengakses pelbagai bahan untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan topik kajian.

"Murid kemudiannya dikehendaki membuat kajian lapangan ke Zoo Taiping, untuk latih mereka kumpul bahan, bina slaid pembentangan sekali gus membentang hasil kajian dengan bimbingan beberapa guru," ujarnya.

Persembahan pembukaan sebelum membuat pembentangan di hadapan juri dan guru.

Huwaida Husna ketika membuat pembentangan.

Cikgu Norazani (kiri)bersama Huwaida Husna Hasrulniza yang berjaya dinobat pembentang terbaik.

Program berkenaan hasil idea bernas Ikon Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Kebangsaan 2019, Cikgu Norafizah Abdul Razak yang membangunkan modul RBL.

Beliau yang turut menjadi juri pada program tersebut berkata, modul yang dibina bertujuan mengeluarkan potensi diri murid pada usia muda.  

"Modul ini berjaya menepati kehendak sekolah bagi melahirkan kemenjadian murid disamping menekankan konsep PAK21," katanya.

Menurut beliau, empat buah sekolah telah dibimbing dengan modul RBL iaitu, SK Duyong, Melaka; SK Nyalas, Melaka; SK Matang Gerdu dan SK Kg Baharu, Jerantut.

"Ternyata modul ini memberi impak besar apabila murid seawal usia lapan tahun memahami piawai kandungan dan pembelajaran mereka secara lebih mendalam," katanya.

Cikgu Norafizah berkata, penilaian juri bukan sahaja pada proses kajian tetapi ketika pembentangan hasil kajian berdasarkan keyakinan ketika berhadapan dengan audien," ujarnya.

Cikgu Norafizah

 

Reaksi:

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang menjadi salah seorang penyelidik RBL. Banyak pengalaman baharu yang saya alami. Terutama ketika berada di lokasi kajian lapangan iaitu Zoo Taiping."

Nur Haziqah Azhar Hisyam
Tahun Dua

"Dulu saya malu bercakap di hadapan orang ramai. Terima Kasih Cikgu Lynn kerana memberi peluang kepada saya menjadi lebih yakin dan berani selepas pembentangan RBL ini. Terima kasih juga kepada semua fasilitator yang banyak membantu saya."

Amirul Syazwan Zulkifli
Tahun Dua

"Saya rasa bangga dan sangat teruja ketika buat pembentangan di hadapan juri, ini pengalaman pertama saya menghasilkan Slaid Power Point dan membentangkan hasil kajian sendiri dengan bimbingan guru. Terima kasih cikgu."

Nurul Ain Azlyya Abdul Rahim
Tahun Dua

Artikel Lain:

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Pakej mata pelajaran tingkatan 4 tahun hadapan yang perlu guru tahu... pelajar mudah faham

'Ada yang menyorok dalam tandas kerana enggan bersukan' - Cikgu ini kongsi sikap murid-muridnya

Berlatih hanya dua minggu, tak sangka pasukan sekolah ini bolot emas semua kategori di Spain