SHAH ALAM - Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1, Kluang, Johor telah mengadakan lawatan ilmiah ke Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini.

Dihadiri seramai 13 murid Tahap Dua dan lapan guru pengiring, lawatan sehari itu telah memberi pelbagai pengalaman baharu kepada pesertanya.

Guru pengiring, Mohd Khubaib Zailan berkata, kebanyakan ahli rombongan teruja untuk datang ke syarikat penerbitan dan percetakan Karangkraf untuk melihat sendiri bagaimana proses penerbitan.

"Ramai kalangan kami yang baharu pertama kali datang ke sini. Dapat lihat bagaimana proses percetakan surat khabar, buku, majalah, al-Quran dan sebagainya depan mata, begitu menyeronokkan," ujarnya.

Sementara itu, wakil murid Aiman Durani Asmadi dan Nurul Dhaniyah Natrul Edwanzy melahirkan rasa gembira dan seronok kerana dapat melawat ke Karangkraf.

"Sebelum ini, hanya baca dalam surat khabar saja tentang kejayaan dan kehebatan Karangkraf. Tak sangka hari ini dapat berkunjung ke sini," ujar mereka.  

Aiman Durani (tiga dari kanan) bersama kawan-kawan ketika melawat studio Sinar Harian.

Guru pengiring bersama Pegawai Perhubungan Awam Kumpulan Media Karangkraf, Kesumawati Kamarudin (kanan) ketika melawat studio Sinar Harian.