RAWANG - Teratak Che Dah (TCD) sebuah pertubuhan berdaftar bagi pengurusan anak yatim dan asnaf terletak di Kundang bakal membuka pengambilan kemasukan baharu pelajar bagi sesi tahun 2017.

Pengurus TCD, Ngaedah Saleh berkata, borang permohonan kemasukan boleh didapati di pejabat pengurusan bermula 17 Oktober sehingga 23 Oktober ini. Menurutnya, pemohon akan dipanggil untuk sesi temu duga disusuli tapisan sebelum mereka yang berkelayakan akan dimaklumkan secara bersurat atau panggilan telefon.

“Kami sasarkan untuk menambah 20 lagi pelajar berusia antara tujuh hingga 17 tahun. Namun, keutamaan adalah bagi bersekolah rendah. Pemohon adalah lelaki, beragama Islam, berakhlak baik, tahu asas solat dan al-Quran sekurang-kurangnya al-Fatihah serta merupakan anak yatim atau asnaf,” katanya.

Jelasnya, TCD ditubuhkan pada 2013 menyediakan kemudahan serba lengkap dari segi penginapan, pengangkutan, surau, bilik belajar, kantin dan padang.

“Sebanyak dua bilik asrama disediakan kepada murid sekolah rendah dan pelajar menengah.

Konsep kita juga seperti pengajian pondok bagi mendekatkan penghuni dengan ilmu agama selain turut mengikuti sekolah arus perdana,” katanya.

Katanya lagi, mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat pengurusan di talian 011-14274654 atau 014-5088636 atau 014-8182143.

Pengurus Teratak Che Dah, Ngaedah Saleh.