SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan perlu mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan sebelum memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail berkata, kajian menyeluruh perlu dijalankan berikutan UPSR adalah kayu pengukur kepada tahap pencapaian sekolah rendah.

Artikel berkaitan:

UPSR: Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan minta kerajaan kaji secara terperinci sebelum mansuh

Murid makin malas, guru culas - Pandangan i Guru mengenai kesan mansuh UPSR

NUTP mohon UPSR diamnsuhkan untuk elak murid terbeban

“Saya menyokong cadangan untuk mansuhkan UPSR namun harus diingatkan yang kajian menyeluruh perlu dijalankan untuk memastikan peperiksaan atau penilaian yang akan menggantikan ia nanti setanding atau lebih baik daripada peperiksaan awam itu.

“Peperiksaan di sekolah perlu dipantau agar selaras dengan standard peperiksaan awam sedia ada.

“Soalan berbentuk objektif perlu dikurangkan kerana tidak dapat menilai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis seseorang pelajar itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.

“Sistem kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan. Ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta-tuli untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperoleh boleh digunakan kelak,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Petaling, Fauzi Ahmad Marzuki berkata, peperiksaan awam itu masih relevan dan penting untuk menilai tahap pencapaian akademik murid.

“Saya tak bersetuju jika UPSR dimansuhkan kerana ia dapat menilai sejauh mana pencapaian murid sebelum ke sekolah menengah. Jika dimansuhkan dengan apa cara lagi kita hendak menilai murid.

“Kementerian perlu memperkenalkan sistem lebih baik daripada yang sedia ada jika ia akan dilaksanakan. Saya amat berharap pihak berkenaan tidak gopoh dalam membuat keputusan,” katanya.

Baca:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

Calon SPM SMK Tendong mohon sumbangan tampung kos rawatan - Patah kedua kaki, limpa kena buang

6 tip berkesan sebelum duduki peperiksaan

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi