Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar dan guru, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Cheras telah  menganjurkan  sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah pada 17 Ogos lalu.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang oleh sembilan orang murid Tingkatan Lima yang lengkap berbaju melayu hitam dan bersamping merah

Majlis anjuran Unit Kokurikulum, Panitia Sejarah, Pusat Sumber Sekolah dan sembilan unit panitia lain itu berlangsung dalam normal baharu, melibatkan pelajar Tingkatan Satu dan sebahagian pelajar tingkatan 5.

Sementara pelajar-pelajar lain menonton siaran langsung melalui  Facebook live bersama guru di dalam kelas.

Bertemakan Malaysia Prihatin, sambutan yang diadakan di Laman Warsyah SAM Hulu Langat itu disambut meriah dan bersifat patriotik.

Memakai pelitup muka bagi mematuhi standard operation procedure (SOP) yang ditetapkan.

Dimulakan dengan paluan kompang oleh sembilan pelajar Tingkatan Lima lengkap berbaju Melayu dan bersampin, bersama panji-panji Malaysia dan empat belas bendera mengiringi ketibaan para pentadbir sekolah.

Guru perpustakaan dan Media (GPM), juga pemegang portfolio unit fotografi dan multimedia, Cikgu Sarina Seth @ Ibrahim berkata, majlis dan pelancaran bulan kebangsaan tahun ini  agak berlainan, apabila  guru-guru dan pelajar melayari facebook live yang dirakam oleh krew multimedia  (MMC) sekolah akan menjadi kenangan dan lipatan sejarah SAM Hulu Langat.

“Seperti majlis-majlis rasmi lain, Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan  didahului dengan nyanyian tiga buah lagu  iaitu lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah, serta ikrar yang diketuai Ketua Murid, Muhammd Nadzmi Abd Rahman, katanya.

Ketua Murid, Muhammd Nadzmi menyampaikan ikrar merdeka

Majlis yang dirasmikan oleh Pengetua SAM Hulu Langat, Mohd Zainul Arifien Mohd Jaid itu turut dimeriahkan lagi dengan laungan merdeka oleh ketua murid sebanyak tujuh  kali, dan disambut oleh pelajar yang berada di Laman Warsyah dan di dalam kelas.

Pada akhir majlis, pelajar Tingkatan Dua, Luqman Haiqal Mustakim telah mendeklamasikan puisi bertajuk  Merdeka.

Apa kata mereka

Hari Kebangsaan ke - 63 tahun ini disambut dengan kelainan yang amat ketara berbanding tahun sebelumnya . Walaupun berperang dengan wabak covid-19 , tapi kita dapat lihat sisi positif masyarakat yang mengekspresi semangat patriotik dalam pelbagai cara seperti memasang bendera di tempat perlindungan kucing,  membuat pelitup muka bercorak jalur gemilang dan sebagainya . Di sekolah saya pula , dengan sop yang ketat , warga sekolah tetap menonjolkan rasa cinta akan tanah air dengan mengibarkan bendera kecil di kelas masing masing sewaktu nyanyian lagu patriotik . Dengan tunjuk ajar guru guru pembimbing, pelajar yang terlibat juga sedaya upaya membantu melancaran majlis sederhana ini supaya tetap " gah dan meriah "- Hurul Ain Zamzuri

"Apa itu MERDEKA ? Adakah ia sekadar sambutan pada 31 Ogos setiap tahun ? Menjelang 63 tahun kemerdekaan tahun ini , keamanan dan keharmonian Malaysia yang dikecapi sejak sekian lama tidak datang dengan mudah . Mengisi kemerdekaan lebih sukar daripada menuntutnya.Apabila kita MERDEKA , kita mampu tentukan nasib kita sendiru dan mampu memajukan negara kita . Merdeka itu Perjuangan , Merdeka itu Kesefahaman , Merdeka itu Perpaduan. Saya menyeru remaja agar menjaga sensitiviti antara kaum dalam negara yang berbilang bangsa ini supaya nilai kemerdekaan itu masih ada dalam sanubari . Hargailah jasa pejuang tanah air yang berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air !"- Muhammad Nadzmi Abd Rahman