SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan diminta membuat kajian secara terperinci berhubung cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar berkata, peperiksaan itu penting bagi menilai pencapaian murid di peringkat sekolah rendah.

Artikel berkaitan:

Murid makin malas, guru culas - Pandangan iGuru mengenai kesan mansuh UPSR

NUTP mohon UPSR dimansuhkan untuk elak murid terbeban

 

“UPSR masih penting dan diperlukan untuk menilai tahap pengukuhan akademik terutama dalam subjek sains dan teknologi serta bukan akademik termasuk kemahiran murid.

“Bagi saya, ia wajar dikekalkan kerana masih relevan bagi penarafan murid untuk belajar dan lebih bersedia sebelum memasuki sekolah menengah,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya UPSR dimansuhkan dalam usaha mentransformasi sistem pendidikan berteraskan penilaian peperiksaan, selain melahirkan murid yang lebih baik.

Menurut Wan Marzuki, kementerian juga perlu melihat sama ada dasar baharu itu jauh lebih baik daripada sedia ada.

“Kita pun tidak pasti apa yang bakal digantikan dengan UPSR tetapi bila hendak ditransformasikan, mesti ia lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

“Jadi kajian menyeluruh dan terperinci perlu dijalankan untuk melihat kebaikan, kelemahan serta untuk ditambah baik,” katanya

Baca:

Khat untuk nilai warisan dan identiti negara

Saranan perkenal kaligrafi lain selain seni dan tulisan khat akan dipertimbang

Enam kelebihan mengajar pelajar kelas belakang... Cikgu Hailmi kongsi rahsianya

Cikgu Iznan kongsi 21 kaedah belajar untuk bantu pelajar cipta kejayaan - memang terbaiklah!

Mayat pelajar Tingkatan Empat SMK Labuan dijumpai di jeti perikanan lama