SHAH ALAM -  Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyarankan kepada semua pemimpin sekolah menonton filem Raatchasi sebagai inspirasi kepada semua untuk membawa perubahan dalam pendidikan.

Katanya, filem tersebut merupakan aspirasi yang beliau sendiri rancang dan ingin laksanakan dalam KPM.

"Filem tersebut mengetengahkan tentang perjuangan seorang guru besar datang ke sebuah sekolah yang sudah tiada harapan. Namun dengan usahanya itu, dia telah membuktikan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya.

Oleh itu kami telah mendapatkan beberapa reaksi dari guru yang telah menonton filem berkenaan.

+++

Saya berasa seronok, walaupun telah menonton lebih daripada satu kali, tetapi kali ini berbeza kerana bersama-sama dengan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee dimana dia hendak menerapkan nilai-nilai dan tanggungjawab dalam cerita tersebut untuk kita jadikan inspirasi. Saya sebagai seorang guru besar juga mendapat sedikit manfaat daripada cerita tersebut terutama apabila berhadapan dengan masalah pasti ada jalan penyelesaian.

MAZNAH ZAINI (50 tahun), GURU BESAR SK PUCHONG JAYA 2

Banyak cabaran dalam mendidik pelajar sekolah, terutamanya bagi sekolah yang kemudahannya terhad, dalam cerita tersebut saya melihat ketabahan dalam diri mesti cekal dalam menaikkan imej sekolah kita dari segi pendidikan, disiplin dan kokurikulum. Jadi disini saya terpegun melihat kebolehan seorang pengetua dalam cerita itu mampu mengurus semua keperluan pelajar dan guru-guru dengan jayanya, ini semua tidak mustahil. Jadi, sebagai seorang pendidik saya juga perlu meniru sedikit nilai baik dalam cerita tersebut untuk mendidik pelajar-pelajar saya.

ZAITON ABD MALIK (51 tahun), GURU KOLEJ TINGKATAN ENAM, PETALING JAYA

Perasaan saya seronok apabila melihat cerita ini, kerana tidak menyangka apa yang saya buat selama ini dengan anak didik saya sama seperti dalam cerita. Apa yang saya lihat idea daripada cerita tersebut sememangnya telah tercetus dalam diri saya, cuma kita tidak mahu menunjuk kepada orang ramai sama seperti pelakon utama “Geeta” itu, seorang yang angkuh untuk kebaikan sekolahnya tetapi tidak menunjuk , kecuali guru-guru dan pelajar sekolah sahaja tahu bagaimana ketegasan beliau sehingga mampu mengubah sekolah itu ke arah jauh lebih baik.

BALQIS SAFIAN (28 Tahun), GURU SK DESA, PETALING KL

Sebenarnya Kementerian Pendidikan Malaysia memberi satu peluang kepada guru menonton satu cara untuk membawa pembaharuan, khususnya kepada pentadbir dan pelajar, apabila saya lihat cerita ini betapa mesranya pengetua dan pelajar, ini selaras dengan hasrat kerajaan iaitu dibawah plan pembangunan pendidikan negara iaitu kemenjadian murid dan memperkasakan sekolah dan juga hubungan mesra diantara pentadbir dengan pelajar.

THIAGARAJ (51 Tahun), GURU SMK SEKSYEN 1, BANDAR KINARA

Satu impak yang besar daripada cerita ini adalah satu perubahan yang besar tidak mustahil, dimana perubahan itu tidak kena umur, kalau saya lihat dalam cerita ini Cikgu Geeta Rani seorang yang muda tetapi memegang jawatan sebagai pengetua sekolah, ini menjadi satu persoalan kepada cikgu-cikgu lama dalam sekolah itu. Cerita ini juga saya perasaan ada menggunakan pembelajaran abad ke-21 simulasi dalam PDPC. Cerita ini sememangnya wajib ditonton untuk semua orang bukan sahaja guru, ibu bapa juga boleh ambil pengetahuan dalam cerita ini kerana ianya juga berkait rapat.

BAIZURA KHALID (36 Tahun), GURU SMK BANDAR BARU, SUNGAI BULOH

Saya kagum apabila Cikgu Geeta berani dan mampu membuat perubahan yang besar pada para pelajar dan sekolah itu, ini tidak mustahil guru-guru di Malaysia juga mampu membuat sedemikian. Saya berharap lepas ini saya akan memantapkan lagi cara pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah.

LUQMAN JAUHARI, GURU SK BANDAR BARU, SELAYANG (2)

Sebagai seorang guru kita perlu kuat dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran, kita juga perlu melatih murid-murid dan kita juga mesti menjadi kawan rapat mereka, seperti yang dilakukan Cikgu Geeta, kalau boleh kita jangan jadi seorang bergelar cikgu sahaja tetapi jadilah seorang kawan atau ibubapa kepada pelajar.

MALA DEVI (51 Tahun), SJK (T) APPAR, KL

[ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee mahu Raatchasi jadi aspirasi kepada pendidik]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jika tahu ada pengetua, guru besar atau guru yang hebat kongsi dengan kami' - Maszlee]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Cikgu Geeta makan bersama anak murid, saya juga galakkan ini dilakukan oleh guru kita' - Maszlee]

Artikel lain:

Empat sebab Dr Maszlee menangis - Bimbang ada pegawai tak sehaluan dengan aspirasi yang ditonjolkan

'Kepada rakan saya di KPM, jangan gagalkan anak-anak kita' - Maszlee

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid Tahun Enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

'Tetap serius dan tegas ketika mengajar walaupun berwajah 'baby face' - Cikgu Ian Francis Manga