PUNCAK ALAM - Walaupun hanya setahun bertugas, Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam sebak dan berat hati untuk meninggalkan sekolah tersebut pada hari persaraannya.

Bagaikan hilang sebutir permata, hari terakhir Cikgu Johari Mohd [email protected] dirai penuh meriah pada majlis Budimu Tak Terbilang, Kepimpinanmu Gemilang di sekolah itu, baru-baru ini.

Bertemakan tradisional Melayu, Cikgu Johari diarak ke dewan bersama isteri dan anak-anaknya.

Selain itu, tayangan montaj persaraan dan acara memotong kek turut diadakan.

Pesan beliau kepada guru-guru sekolah itu, agar teruskanlah segala usaha, bakti dan sumbangan demi kebaikan pelajar.

"Saya doakan semua pelajar terus mencipta kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum

"Terima kasih kepada semua warga SMK Puncak Alam yang banyak membantu saya sepanjang berkhidmat sebagai pengetua," katanya.

Janjinya, sekiranya ada kelapangan beliau akan menjenguk ke sekolah itu lagi berjumpa dengan pelajar semua.

Johari menyuapkan kek kepada isterinya, Radziah.

Lambaian terakhir untuk Cikgu Johari selepas tamatnya majlis persaraan.

APA KATA MEREKA

1) "Seorang yang tegas tetapi penyayang. Beliau juga mudah bekerjasama, sangat prihatin dan senang dibawa berbincang."

- Noraida Mohd Sapie

Pembantu Tadbir

2) "Beliau seorang yang banyak memberi sokongan, tunjuk ajar dalam pelbagai aspek dan amat disenangi oleh semua warga sekolah. Sikapnya yang prihatin membuat kami terasa kehilangannya."

- Saodah Ahmad

Guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

3) "Selamat bersara tuan pengetua. Semoga diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan berbahagia bersama keluarga tercinta."

- Sa’adiah Amat

Guru Sejarah

INFO

- Nama: Johari Mohd [email protected]

- Tarikh lahir: 9 Februari 1962

- Tempat lahir: Kuala Lipis, Pahang

- Anak ketiga daripada 10 adik beradik

- Nama ayah: Mohd Noh Mohd Yassin

- Nama ibu : Maznah Sulaiman

- Nama isteri: Radziah Talhah

- Nama anak

1) Nurul Lylia Sabeela Johari

2) Muhammad Syafiq Johari

3) Muhammad Faiz Johari

4) Nurul Izyani Syahirah Johari

Perkhidmatan

- Telah berkhidmat selama 34 tahun 5 bulan (bermula 2 Januari 1985 - 31 Mei 2019)

Sejarah Perkhidmatan

- Guru Penolong Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Way, Petaling Jaya (1985-1991)

- Guru Penolong SK Sri Subang jaya, Subang Jaya (1992-1995)

- Guru Penolong Kanan HEM SK Kg Tunku, Petaling Jaya (1995 - 1996)

- Guru Besar SK (2) Petaling Jaya, Petaling Jaya 1996 - 1998

- Penyelia Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor (1998 -2001)

- Guru Penolong SMK USJ 4, Subang Jaya (2002)

- Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor (2002 -2007)

- Penolong Pengarah Bidang Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor (2007 - 2009)

- Penolong Pengarah Bidang Pengurusan Guru Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor (2009 - 2010)

- Penolong Pengarah Kanan Bidang Pengurusan Perhubungan dan Tugas-Tugas Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor (2010 - 2018)

- Pengetua SMK Puncak Alam (2018)

- Bersara daripada Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia (KPM) (1 Jun 2019)

Anugerah Sepanjang Perkhidmatan

- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM 1999, 2004, 2016

- Anugerah Staf Berpotensi JPS 2001

- Anugerah Gemilang Jabatan, JPS 2004

- Anugerah Terbilang Jabatan, JPS 2005

- Anugerah Kecemerlangan Kehadiran Tanpa Cuti Sakit 2011 dan 2015

- Anugerah Tokoh Inovasi Tahun 2015 kategori Pegawai JPS     

Baca: 

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Nak buat aksi terjun pun masih laung nama sekolah

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini