SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Rabu, 22 Januari 2020.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata seramai 9,826 orang calon telah mendaftar menduduki STAM pada tahun 2019 di 234 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja.

"Daripada jumlah tersebut, 2,854 adalah calon sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 4,540 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 709 adalah calon Sekolah Menengah Agama Rakyat, 87 calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 1,497 adalah calon Persendirian dan 139 adalah calon luar negara (Kemboja).

"Calon boleh mendapatkan keputusan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan," katanya.

Semakan keputusan STAM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip STAM<jarak>AngkaGiIiran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan ini akan dlaktifkan bermula pukul 10.00 pagi pada 22 Januari 2020 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 28 Januari 2020.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppatmoe.gov.my/semakan.

Artikel lain:

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020