PUTRAJAYA - Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin menerusi kenyataan media berkata, semua murid tahun enam boleh memperoleh PPSR pada 21 November 2019 mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

Waris dibenarkan mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

Semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR<jarak>Angka Giliran atau PASR<jarak>Angka Giliran dan SMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 21 November 2019 dan akan ditamatkan pada jam 6 petang pada 30 November 2019.

Semakan keputusan UPSR dan PASR juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan

Artikel Menarik:

Guru ini kongsi enam tip untuk mak ayah buat ketika hadir hari orientasi anak-anak

Cikgu boleh buat senaman ringkas untuk elak murid mengantuk...mereka pasti bertenaga selepas itu

Pelajar beri salam, cium tangan pengawal dipuji warganet termasuk menteri

Tip beli baju sekolah anak... khas untuk ibu bapa anak sulung tahun satu 2020