NEW DELH - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 10 lagi cedera pada Selasa apabila bas sekolah yang mereka naiki terjatuh ke dalam sebuah gaung di daerah Tehri Garhwal di negeri Uttarakhand yang terletak di utara India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Nahas itu berlaku pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan di Kampung Kangsali di Jalan Madan Negi Road dalam daerah Tehri Garhwal, kata polis.

Pelajar Sekolah Awam Angel yang cedera telah dimasukkan ke sebuah hospital.

Menurut polis, mereka sedang berusaha mengangkut mereka melalui udara ke bandar Rishikesh.

Satu Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) telah dikejarkan ke lokasi nahas untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan memberi bantuan.

Ketua Menteri Uttarakhand Trivendra Singh Rawat melahirkan rasa terkejutnya dengan kejadian malang itu dan mengarahkan agar siasatan segera dilakukan. - Bernama

Baca:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Zikgu Zazolnizam

Enam tip berkesan sebelum duduki peperiksaan

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen bahasa Inggeris penulisan UPSR

Guru ini kongsi panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR