SHAH ALAM - Hanya dua pasukan terbaik yang akan mara ke perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, 14 November depan.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor, Datuk Emran Kadir.

Beliau berkata, perlawanan pastinya menjadi sengit kerana pasukan yang layak ke peringkat akhir adalah yang terbaik dan memiliki kekuatan, kualiti serta pengalaman yang hebat.

“Bermainlah bersungguh-sungguh dan semoga anda peroleh kejayaan,” katanya.

Emran

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual GPS Bestari sejurus berakhirnya Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Bola Sepak Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Kumpulan Media Karangkraf, 1 Oktober lalu.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, 32 pengurus pasukan yang terdiri kalangan guru dan beberapa jawatankuasa pengelola kejohanan.

Sebanyak 32 pasukan bawah 12 tahun bakal berentap bagi merebut gelaran juara Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, tidak lama lagi.

Dimulakan dengan perlawanan merebut Piala Sumbangsih pada 19 Oktober ini kemudian diikuti dengan perlawanan akhir 14 November depan di Padang SUK, di sini.

Kejohanan Bola Sepak Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dianjurkan Jawatankuasa Induk Kejohanan Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Emran berkata, pasukan yang menjuarai kejohanan itu bakal membawa pulang RM4,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan medal.

Naib juara bakal menerima RM3,000, tempat ketiga RM2,000 dan tempat keempat RM1,000.

Empat anugerah khas akan diberikan kepada pemain yang layak mengikut kategori iaitu anugerah Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak, Penjaga Gol Terbaik dan Kumpulan Sorak Terbaik.

“Penaja utama kejohanan ini iaitu Kumpulan Perangsang Selangor telah menaja sebanyak RM100,000 dan pada masa yang sama Kumpulan Perangsang Selangor turut menaja RM150,000 bagi kejohanan Piala Dato’ Mokhtar Dahari bawah 18 sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, penaja turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM200 untuk setiap sekolah yang menyertai kejohanan tersebut.

“Dengan duit tersebut, dapatlah digunakan untuk kemudahan pengangkutan,” katanya.

Bagi pasukan yang layak ke peringkat suku akhir pula, mereka akan diberikan satu set jersi secara percuma yang bernilai RM1,000.

“Selepas berakhirnya perlawanan ini, saya berharap pemain bawah 12 tahun ini terus bermain bola sepak apabila berada di sekolah menengah.

“Bila berada di peringkat menengah, sertai lagi kejohanan bawah 15 tahun dan 18 tahun. Saya yakin, jika pemain meneruskan bakat mereka, mereka mampu pergi dengan lebih jauh lagi,” katanya.

Bagi Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan, Tuan Ahmad Normi Tuan Mat pula, arena bola sepak punya masa depan yang cerah.

“Jika anda bermain bersungguh-sungguh, anda pasti mencapai kejayaan yang luar biasa kelak. Percayalah,” katanya yang juga Penyelia Sukan PPD Petaling Perdana.

Tuan Ahmad Normi

Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Selangor, Zakaria Rani (kanan) menyerahkan kembali piala pusingan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor kepada Emran. SK Seri Selangor menjuarai kejohanan tersebut, tahun lepas.

INFO

Sekolah yang berjaya ke final:

PPD Petaling Perdana

1. SK Taman Desaminium

2. SK Bandar Anggerik

3. SK Seksyen 24

4. SK Subang Bestari 2

5. SK Puchong Perdana

6. SK Seri Selangor

7. SK Dato’ Onn Jaafar

8. SK Seksyen 20

9. SK Seksyen 1 Bandar Kinrara

10. SK Puchong Utama 2

11. SK Seksyen 27 (2)

12. SK Bukit Jelutong

13. SK Seksyen 9

14. SK Putra Height 2

15. SK Seafield

16. SK Kg Lindungan

17. SK Hicom

18. SRAI DMYS

19. SK Setia Alam

20. SK Seksyen 17

 

PPD Petaling Utama

1. SK Sri Kelana

2. SK Lembah Subang

3. SK Taman Medan

4. SK B Sri Damansara 1

5. SK Kg Tunku

6. SK La Salle

7. SK Damansara Damai 1

8. SK Sri Petaling

9. SK Seksyen 7 Kota Damansara

10. SK Seksyen 11 Kota Damansara

11. SK Kelana Jaya 1

Artikel Menarik: 

Kerana longkang pra sekolah tersumbat, guru besar sanggup 'buat ini' - Ramai yang terkejut!

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

'Mulia sungguh hatimu...moga ALLAH melipat gandakan pahala buat cikgu'

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya