Putrajaya - Semua sekolah di seluruh negara akan beroperasi semula seperti biasa esok berikutan  keadaan jerebu dan laporan bacaan IPU terkini yang bertambah baik.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari sebentar tadi, sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari masa ke masa.

"Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid serta guru sepanjang masa," katanya.

Bagi mendapat maklumat terkini tentang penutupan sekolah akibat jerebu, sila layari portal KPM di www.moe.gov.my atau di saluran media sosial rasmi KPM (Facebook/ Instagram/Twitter) @kempendidikan.

Baca:

'Banyak kali dia minta maaf, risau saya tak selesa'- Cikgu ini kongsi sikap bekas murid