PASIR GUDANG - Kerajaan negeri mengeluarkan arahan menutup sementara 14 buah lagi sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor bermula hari ini sehingga Khamis, susulan gelombang kedua pencemaran udara semalam.

Mohd Khuzzan (duduk, tengah) pada sidang media berkaitan insiden gangguan kesihatan (sesak nafas dan muntah-muntah) para pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang di Bilik Gerakan
Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang semalam.

Sekolah terlibat ialah:

1. SK Bukit Dahlia

2. SK Taman Cahaya Masai

3. SK Felda Cahaya Baru

4. SK Kong Kong Laut

5. SK Taman Nusa Damai,

6. SK Kopok

7. SK Kota Masai 3

8. SK Taman Cendana

9. SMK Taman Nusa Damai

10. SMK Pasir Gudang

11. SMK Kota Masai

12. SJKT Pasir Gudang

13. SK Taman Scientex

14. SMK Taman Scientex

Artikel berkaitan:

Pencemaran udara terbaharu di JOhor turut jejas SK Pasir Gudang 4

15 murid Seolah Agama Taman Mawar alami simptom muntah, sesak nafas

11 murid Pasir Gudang, loya dan muntah - PPD ambil langkah berjaga-jaga

Kesemua sekolah berkenaan dikenal pasti berada di dalam radius enam kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar yang terjejas sebelum ini.

Exco Kesihatan Johor, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat susulan tiga lagi sekolah dilanda simptom sesak nafas dan muntah-muntah pada jam 11 pagi semalam.

“Bomba terima panggilan jam 11 pagi tadi (semalam) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusa Damai, SK Bukit Dahlia dan SK Kopok.

“Setelah saringan, 20 orang dikesan mengalami sesak nafas dan muntah,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Pasir Gudang di sini semalam.

Pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang yang mengalami sesak nafas diberi rawatan awal di Bilik Gerakan Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir
Gudang semalam.

Katanya, arahan itu juga terpakai untuk institusi pengajian awam, sekolah agama kerajaan Johor, pra-sekolah dan tadika dalam jajaran tersebut.

Kelmarin, lima sekolah termasuk tadika ditutup selama dua hari sehingga hari ini selepas 13 pelajar serta dua wanita dirawat akibat muntah, loya dan pitam.

Pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Kasih Sofea Mohd Zullihsan, 13, ketika ditemui selepas mendapatkan rawatan awal di Bilik Gerakan Operasi Pemantauan di Stadium
Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang semalam.

Pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang dibenarkan pulang kerana difahamkan terdapat beberapa pelajar mengalami sesak nafas dan mual-mual, di sekolah tersebut semalam.

Kelihatan pelajar SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang yang dipercayai mengalami sesak nafas dan mual-mual diberi rawatan awal di sekolah tersebut semalam.

Petugas keselamatan memeriksa sebahagian murid mangsa pencemaran udara yang mendapatkan rawatan di Sekolah Agama Taman Mawar, Jumaat lalu. Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar Pasir Gudang dilaporkan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu petang ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Ibrahim Omar berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pihaknya pada 3.39 petang sebelum sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tiga anggota digegaskan ke lokasi untuk memeriksa keadaan.

Salah seorang mangsa pencemaran udara yang mendapatkan rawatan di Sekolah Agama Taman Mawar, Jumaat lalu.

Petugas keselamatan sedang mengambil keterangan mangsa pencemaran udara yang mendapatkan rawatan di Sekolah Agama Taman Mawar Jumaat lalu.

Artikel menarik:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya

'Daripada 10 subjek, hanya Prinsip Akauan saya pergi tuisyen' - Nur Amalina kongsi 12 tip belajar

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Luar pangsapuri, dalam kondo! Lihat apa guru ini lakukan pada kediamannya