TUNAS Seni Cemerlang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mempersembahkan 'Sep.. Sep, Tom.. Tom' yang berasaskan permainan rakyat mendapat sambutan hangat.

Video yang dimuat naik di Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pada 13 Januari lalu, berdurasi 4 minit 35 saat itu mendapat 653,327 view setakat ini dan mendapat 14,707 perkongsian.

Pelajar-pelajar ini adalah di bawah Tunas Seni Cemerlang yang dikelolakan di bawah JKKN. Studio dan latihan serta jurulatih juga di JKKN.

Mereka mempersembahkan tarian ni sebagai persembahan jemputan sempena Let’s Dance Malaysia Menari yg dianjurkan oleh Malaysia International Dance Organization di Pentas Terbuka, Publika Solaris, Kuala Lumpur.

Seramai 24 murid tahun dua hingga enam menyertai tarian tersebut yang diketuai Koreografernya, Akmal Ayob.

Sumber: FB Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN

Jom kita saksikan video penuh tarian mereka..