KABUL - Jumlah serangan ke atas sekolah di Afghanistan meningkat hampir tiga kali ganda tahun lalu, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) semalam.

Menurut Unicef, situasi itu menjejaskan akses kanak-kanak kepada pendidikan di tengah keadaan keselamatan yang semakin buruk di negara tersebut.

Unicef dalam laporannya semalam berkata, serangan meningkat daripada 68 pada 2017 kepada 192 pada 2018, peningkatan pertama dalam kejadian seumpama itu sejak 2015.

Perang yang kini memasuki tahun ke-18 turut menyebabkan lebih 1,000 sekolah ditutup.

Menurut agensi itu, langkah menjadikan sekolah sebagai sebagai pusat pendaftaran pengundian bagi pilihan raya Parlimen tahun lalu turut menjadi faktor dalam peningkatan serangan.

Taliban menghalang pendidikan kepada budak perempuan ketika memerintah Afghanistan dari 1996 hingga 2001. — AFP

Artikel lain:

KPM jumpa tiga kesatuan sekerja bincang agenda kualiti bahasa Inggeris

Lelaki mengamuk di Tokyo, 16 murid cedera akibat ditikam

Pelajar Tingkatan Satu SMK Kemumin hidap buah pinggang kronik tahap akhir rayu sumbangan

SJKC Kuo Kuang 2 pecah rekod dunia, 2,869 murid belajar ukulele dalam 30 minit

Guru di New Zealand lancar mogok, tuntut kerajaan tangani krisis pendidikan