Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan jadi bosan, jika kita bijak penuhinya dengan perkara bermanfaat. Selain mengulangkaji pelajaran, pelajar juga boleh mencuba permainan pembelajaran KPM digital learning. Caranya sangatlah mudah, pelajar hanya perlu mengikuti panduan langkah demi langkah yang ditunjukkan.

Ikuti perkongsian Guru Subjek Bahasa Melayu Tahun Enam, Cikgu Adzrytta Nawi dari  SK Sungai Sian, Maradong, Sarawak ini.

"Selepas pengumuman PKP tu, saya cuba lah masuk web moe Digital Learning tu. Cari punya cari terjumpalah bahagian KPM Play. Saya cuba klik dan tengok ada banyak program seperti 'game'.

Saya cuba klik dan download. Bila dah siap saya cuba buka kat bahagian download dalam laptop saya. Rupa-rupanya game tersebut tentang pendidikan. Ada pelbagai jenis game mengikut subjek, ada Subjek BM , BI dan Sains. Bila kita dah download game tersebut boleh dimainkan tanpa perlu menggunakan internet."

Selamat mencuba

1. Log masuk

2. Log in menggunakan akaun emel yang dinyatakan

3. Buat pilihan, murid atau guru

4. Klik Aktiviti di menu murid

5. Klik KPM Play

6. Game e-Bahan KPM

7. Game e-Bahan

8. Buat pilihan permainan

9. Klik gambar untuk muat turun

Tip menarik:

Nota Sejarah untuk calon SPM baca dan buat ulangkaji di rumah – Perkongsian Cikgu Sharifah Afida

Perkongsian kuiz online Perniagaan SPM daripada Guru Cemerlang SMK Bakar Arang

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni

Guru ini buat video cara mudah 'login' Google Classroom sebagai murid.. mohon ibu bapa bantu