Batu Caves - Bagi memberikan keselesaan dan keceriaan kepada guru, Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Selayang Baru mewujudkan bilik rehat guru.

Guru Besar, Azian Sali berkata, mereka mengambil inisiatif itu selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan (KPM) yang menyarankan pihak sekolah mewujudkan ruang rehat kepada warga guru.

"Bilik rehat ini dapat digunakan guru yang mempunyai masa lapang setelah selesai menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

“Kami bergotong-royong menyediakan bilik itu, menggubah dan menghias bilik agar kelihatan kemas serta ceria sepanjang masa," katanya.

Kata beliau, pihaknya turut mendapat sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menyiapkan bilik yang didamkan guru sekolah ini,” katanya.

Azian berkata, Ketua Pegawai  Pendidikan Daerah Gombak, Sajoli Masdor merasmikan bilik itu baru-baru ini.

Sajoli (kanan) ketika melawat bilik rehat guru SK (1) Selayang Baru.

Sajoli juga merasmikan bilik j-Qaf ‘Manarul Ulum berdekatan bilik rehat guru itu.

Katanya lagi, bilik rehat yang kondusif, teraputik dan ceria mampu menyuntik semangat guru agar gigih bekerja mendidik anak bangsa sehingga berjaya.
   
"Dengan adanya bilik rehat ini, guru dapat mengeratkan hubungan silaturahim, mesra kawan dan saling rasa hormat dengan rakan sejawat," katanya.

Bagi membolehkan guru menambah pengetahuan, bilik rehat itu turut dibekalkan dengan buku ilmiah pelabagi genre.

“Guru lebih minat dan sayang bilik itu. Mereka suka menggunakan masa rehat untuk bersantai di sini.

“Saya puji sikap proaktif warga guru yang sentiasa gigih bekerja mendidik anak murid tanpa mengira waktu sepanjang masa," katanya.

Sajoli ketika merasmikan bilik rehat guru SK (1) Selayang Baru.

Baca:

Tip Skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip Skor A Sains UPSR

Peserta kem mengilai dan menari dalam hutan... Ustaz Malik lalui pengalaman pelik di Bukit Setiam

Sekolah dikelilingi alat permainan, patutlah 6.30 pagi murid dah datang - Macam dalam filem 3 Idiot!

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan